Pengukuhan orientasi seksual terhadap sesama jenis (Gay) dalam kalangan remaja lelaki: Implikasi terhadap keluarga dan rakan sebaya
Masalah homoseksual di seluruh dunia kian membimbangkan dan Malaysia turut tidak terlepas dari terkena tempias amalan songsang ini. Tambah merunsingkan adalah apabila perangkaan statistik menunjukkan peningkatan trend individu yang mengamalkan homoseksual (gay) ini. Sesungguhnya orientasi seksual te...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay Malay |
Published: |
Secholian Publication PLT
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31695/2/Pengukuhan%20orientasi%20seksual%20terhadap%20sesama%20jenis%20%28Gay%29%20dalam%20kalangan%20remaja%20lelaki_%20Implikasi%20terhadap%20keluarga%20dan%20rakan%20sebaya_ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31695/1/Pengukuhan%20orientasi%20seksual%20terhadap%20sesama%20jenis%20%28Gay%29%20dalam%20kalangan%20remaja%20lelaki_%20Implikasi%20terhadap%20keluarga%20dan%20rakan%20sebaya.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31695/ https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/795/565 https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i5.795 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Masalah homoseksual di seluruh dunia kian membimbangkan dan Malaysia turut tidak terlepas dari terkena tempias amalan songsang ini. Tambah merunsingkan adalah apabila perangkaan statistik menunjukkan peningkatan trend individu yang mengamalkan homoseksual (gay) ini. Sesungguhnya orientasi seksual terhadap sesama jenis ini mempunyai pelbagai implikasi negatif kepada pengamalnya dan individu di sekeliling mereka seperti ibu bapa dan rakan sebaya. Justeru, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor pengukuhan orientasi seksual terhadap sesama jenis (gay) dalam kalangan remaja lelaki serta implikasinya terhadap keluarga dan rakan sebaya. Maklumat yang diketengahkan adalah berdasarkan kajian kualitatif melalui reka bentuk kajian skop. Sebanyak 36 artikel telah dijumpai dan dipilih dari EBSCO-Host, pangkalan data universiti bermula dari tahun 2015 hingga Januari 2021. Melalui teori pengukuhan atau pembentukan identiti gay yang dikemukakan oleh Cass (1996), pemahaman terhadap pengukuhan orientasi seksual terhadap sesama jenis dalam kalangan remaja dapat dihuraikan secara terperinci. Kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada pengukuhan orientasi seksual terhadap gay termasuklah faktor genetik, gaya asuhan ibu bapa, naluri dan faktor persekitaran. Orientasi seksual terhadap sesama jenis ini juga telah memberikan pelbagai implikasi negatif kepada perhubungan antara ibu bapa dan rakan sebaya. Konklusinya, kajian ini amatlah relevan dan signifikan dalam membincangkan isu homoseksual kerana ia dapat membantu badan-badan terlibat termasuklah keluarga dan rakan sebaya dalam mengatur strategi-strategi terpilih bagi berhadapan dengan implikasi buruk dari amalan homoseksual ini. |
---|