Ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD discomfort) dalam kalangan pekerja wanita: Kajian awalan di Putrajaya

Ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD) adalah salah satu isu kesihatan yang wujud dalam pelbagai jenis pekerjaan di seluruh dunia. Faktor risiko yang menyumbang kepada ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD) ini adalah pelbagai seperti faktor fizikal, psikososial dan individu. Namun begitu, majoriti ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail Maakip, Peter S.K. Voo, Sharon Kwan Sam Mee, Guan Teik Ee
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31591/1/Ketidakselesaan%20muskuloskeletal%20%28MSD%20discomfort%29%20dalam%20kalangan%20pekerja%20wanita%2C%20kajian%20awalan%20di%20Putrajaya-ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31591/2/Ketidakselesaan%20Muskuloskeletal%20%28Msd%20Discomfort%29%20Dalam%20Kalangan%20Pekerja%20Wanita%2C%20Kajian%20Awalan%20Di%20Putrajaya.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31591/
http://eprints.umbjm.ac.id/1126/1/ProsidingSPK-III2016.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD) adalah salah satu isu kesihatan yang wujud dalam pelbagai jenis pekerjaan di seluruh dunia. Faktor risiko yang menyumbang kepada ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD) ini adalah pelbagai seperti faktor fizikal, psikososial dan individu. Namun begitu, majoriti kajian mengenainya bertumpu di negara barat yang berkemungkinan tidak sesuai untuk diaplikasikan di negara lain. Kajian ini dilakukan untuk menyelidik faktor risiko yang menyumbang kepada ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD) di Malaysia. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data berkenaan aspek demografi, keseimbangan rumah-kerja, kebolehan kerja, kesihatan mental dan ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD). Kadar prevalens ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD) adalah 93.4% dalam kalangan pekerja wanita dalam sampel kajian ini. Daripada 333 pekerja wanita yang menyertai kajian ini, masalah ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD) yang paling kerap dialami ialah di bahagian leher/bahu (92%), diikuti oleh bahagian lower back (87.5%), lower extremity (hips, bottom, and feet) (82.4%), tangan/jari (75%) dan akhir sekali lengan (57.1%). Hasil kajian juga mendapati faktor risiko seperti keseimbangan rumah-kerja (β=- .14), kebolehan kerja (β=.13) dan kesihatan mental (β=.51) menyumbang kepada ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD) dalam kalangan pekerja wanita. Aspek keseimbangan rumah-kerja, kebolehan kerja dan kesihatan mental perlu diambil kira dalam pembentukan dan perlaksanaan pengurusan risiko ketidakselesaan muskuloskeletal (MSD) dalam kalangan pekerja pejabat terutamanya pekerja wanita.