Penggunaan internet dan kesannya terhadap kesejahteraan subjektif dalam kalangan remaja: Peranan jenis gaya keibubapaan sebagai moderator

Kemudahan untuk mengakses internet kini lebih mudah dengan adanya faktor telefon pintar dan program kerajaan dalam memperkasakan jaringan teknologi. Seiring dengan perkembangan ini, remaja khususnya dilihat aktif dalam pelbagai kegiatan yang melibatkan internet. Kesannya, kesejahteraan subjektif rem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rickless Das, Ferlis Bahari, Habibie Ibrahim
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31581/1/Penggunaan%20internet%20dan%20kesannya%20terhadap%20kesejahteraan%20subjektif%20dalam%20kalangan%20remaja%2C%20Peranan%20jenis%20gaya%20keibubapaan%20sebagai%20moderator-ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31581/2/Penggunaan%20Internet%20Dan%20Kesannya%20Terhadap%20Kesejahteraan%20Subjektif%20Dalam%20Kalangan%20Remaja%2C%20Peranan%20Jenis%20Gaya%20Keibubapaan%20Sebagai%20Moderator.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31581/
http://eprints.umbjm.ac.id/1126/1/ProsidingSPK-III2016.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemudahan untuk mengakses internet kini lebih mudah dengan adanya faktor telefon pintar dan program kerajaan dalam memperkasakan jaringan teknologi. Seiring dengan perkembangan ini, remaja khususnya dilihat aktif dalam pelbagai kegiatan yang melibatkan internet. Kesannya, kesejahteraan subjektif remaja juga turut dipengaruhi. Menyedari isu ini, faktor gaya keibubapaan harus diteliti kerana ibubapa memainkan peranan penting dalam menentukan pengawalan terhadap anak-anak. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan internet dan interaksi dengan gaya keibubapaan terhadap kesejahteraan subjektif remaja. Seramai 318 remaja di sekitar Kota Kinabalu terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati remaja dalam ketagihan internet (18 kekerapan) manakala golongan berisiko (181 kekerapan) dan pengguna normal (119 kekerapan). Secara keseluruhan, remaja mempersepsikan gaya keibubapaan ibu dan bapa mereka sebagai autoritatif manakala tahap kesejahteraan subjektif remaja secara keseluruhannya di tahap sederhana. Pengaruh penggunaan internet terhadap kesejahteraan hidup hanya didapati terhadap afek negatif remaja (F (1,316)=11.219, k <.05). Hasil analisis regrasi mendapati gaya keibubapaan ibu dan bapa autoritatif signifikan mempengaruhi kepuasan hidup dan afek positif remaja, manakala bapa autoritarian signifikan mempengaruhi kepuasan hidup dan afek positif remaja sementara ibu autoritarian dan bapa autoritatif signifikan mempengaruhi kebahagiaan remaja. Hasil interaksi gaya keibubapaan dan penggunaan internet mendapati ibu autoritarian (F (3,314)=5.241, k <.05) signifikan berperanan sebagai moderator dalam hubungan antara penggunaan internet dengan afek negatif (Beta=.115), (t=2.062), hasil yang sama didapati dalam kesan interaksi bapa autoritarian (F (3,314)=5.185, k<.05 dan penggunaan internet terhadap afek negatif (Beta=.113), (t=2.033). Diharapkan penyelidikan ini dapat memberi sedikit sebanyak input yang berguna kepada masyarakat khususnya Malaysia, Institusi Kekeluargaan dan pendidikan.