Penguasaan bahasa ibunda sebagai medium komunikasi mahasiswa institusi pengajian tinggi Malaysia: suatu penelitian cakna bahasa negara berbilang kaum

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk dengan komposisi berbilang bangsa, justeru melahirkan kepelbagaian bahasa komunikasi yang dituturkan hasil asimilasi etnik dari pelbagai bangsa. Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda yang dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan, lantas menjadi elemen jati diri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Safuan Yusoff, Irma Wani Othman, Herlina Jupiter, Saifulazry Mokhtar
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence (GAE) 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31528/1/Penguasaan%20bahasa%20ibunda%20sebagai%20medium%20komunikasi%20mahasiswa%20institusi%20pengajian%20tinggi%20Malaysia.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31528/2/Penguasaan%20bahasa%20ibunda%20sebagai%20medium%20komunikasi%20mahasiswa%20institusi%20pengajian%20tinggi%20Malaysia1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31528/
http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2021-41-07-04.pdf
https://doi.org/10.35631/IJEPC.641004
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia merupakan sebuah negara majmuk dengan komposisi berbilang bangsa, justeru melahirkan kepelbagaian bahasa komunikasi yang dituturkan hasil asimilasi etnik dari pelbagai bangsa. Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda yang dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan, lantas menjadi elemen jati diri rakyat Malaysia serta dianggap satu titik penyatuan seluruh masyarakat yang membawa kepada kesepaduan nasional. Peningkatan enrolmen pelajar antarabangsa saban tahun membuktikan keberhasilan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memenuhi visi dan misi Dasar Pengantarabangsaan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Namun dalam keterujaan meniti arus pemodenan pendidikan hari ini, pihak universiti menggalas tanggungjawab berat dalam mengangkat kedudukan Bahasa Melayu sebagai wadah rasmi pembelajaran dan pengajaran serta menjadi pilihan medium utama komunikasi dalam kalangan mahasiswa khususnya pelajar antarabangsa. Perbincangan kertas kerja ini terarah untuk merungkai usaha pemerkasaan bahasa Melayu dalam konteks kemahiran penguasaan bahasa yang berupaya membantu asimilasi dan akomodasi pelajar antarabangsa. Penyelidikan ini memilih pendekatan kualitatif dengan mengutilasikan kaedah temu bual separa berstruktur bagi menjana perolehan data empirikal dari kumpulan sasaran 30 pelajar antarabangsa di universiti awam Malaysia terpilih. Hasil dapatan memperlihatkan pelajar antarabangsa mengutilasikan penguasaan bahasa ibunda bagi mengiktirafkan keupayaan diri dan akur bahawa kepentingan kefahaman dan kemahiran bahasa tempatan mampu menyumbang kepada transformasi asimilasi dalam pembudayaan masyarakat multi-etnik Malaysia. Tuntasnya, penguasaan bahasa ibunda sebagai medium komunikasi mahasiswa IPT merupakan keperluan skil universal pelajar antarabangsa bagi improvasi keyakinan dan keterampilan diri dalam mendepani cabaran cakna bahasa di negara berbilang kaum.