Pembudayaan konotasi “bahasa jiwa bangsa”: refleksi identiti kebangsaan ke arah sinergi solidariti dan harmonisasi rakyat Malaysia

Makalah ini membahaskan pembudayaan konotasi “Bahasa Jiwa Bangsa” sebagai elemen pemupukan refleksi identiti yang melambangkan solidariti satu bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu bagi mencapai sinergi harmonisasi rakyat Malaysia. Penghujahan diketengahkan justeru bermatlamat menjelajahi pengalaman...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Irma Wani Othman, Muhammad Safuan Yusoff, Herlina Jupiter, Saifulazry Mokhtar
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE) 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31525/1/Pembudayaan%20konotasi%20.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31525/2/Pembudayaan%20konotasi%201.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31525/
http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2021-41-07-05.pdf
https://doi.org/10.35631/IJEPC.641005
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini membahaskan pembudayaan konotasi “Bahasa Jiwa Bangsa” sebagai elemen pemupukan refleksi identiti yang melambangkan solidariti satu bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu bagi mencapai sinergi harmonisasi rakyat Malaysia. Penghujahan diketengahkan justeru bermatlamat menjelajahi pengalaman Malaysia sebagai sebuah negara masyhur dengan keunikan rencam bangsa, namun terpaksa mendepani pelbagai cabaran demi memartabat bahasa ibunda. Kaedah analisis kandungan data sekunder mengutilasi hasil perolehan intihanya jurnal, laporan, buku, wawancara, berita dalam talian dan lain-lain bahan bercetak. Mendasari latar belakang kajian bersifat inaugurasi, seleksi isu-isu signifikan yang dibahas dan diadun penjustifikasian merangkumi hujahan antaranya (i) Sikap, kesedaran, komitmen dan tanggungjawab masyarakat ke arah permuafakatan pemerkasaan bahasa kebangsaan, (ii) Fenomena media sosial dan pengaruh media massa dalam kelestarian bahasa kebangsaan, (iii) Kealpaan pemuliharaan penghasilan karya seni dan kesusasteraan negara dan (iv) Peranan vital Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyemarakkan pembudayaan konotasi “Bangsa Jiwa Bangsa”. Disputasi sasaran perbincangan secara tuntas menekankan relevansi penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang ternyata membuktikan iltizam negara memelihara kelangsungan status bahasa Melayu melalui penguatkuasaan perundangan. Hala tuju masa depan kajian seumpama ini wajar memfokalkan intipati perdebatan lanjut bagi mendukung bahasa ibunda sebagai satu khazanah dan warisan terbesar buat rakyat Malaysia.