Pengaruh gaya kepimpinan dan budaya organisasi terhadap kepuasan kerja pensyarah di Universiti Malaysia Sabah
Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengetahui pengaruh gaya kepimpinan dan budaya organisasi terhadap kepuasan kerja pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Permasalahan kajian ini adalah kerana pensyarah dilihat bukan hanya menjadi pendidik kepada pelajar tetapi juga mereka turut...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31374/1/Pengaruh%20gaya%20kepimpinan%20dan%20budaya%20organisasi%20terhadap%20kepuasan%20kerja%20pensyarah.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31374/2/Pengaruh%20gaya%20kepimpinan%20dan%20budaya%20organisasi%20terhadap%20kepuasan%20kerja%20pensyarah24pages.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31374/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengetahui pengaruh gaya kepimpinan dan budaya organisasi terhadap kepuasan kerja pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Permasalahan kajian ini adalah kerana pensyarah dilihat bukan hanya menjadi pendidik kepada pelajar tetapi juga mereka turut terlibat dengan urusan pentadbiran, justeru perkara itu menimbulkan tanda tanya mengenai kepuasan kerja mereka. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan gaya kepimpinan dan budaya organisasi sebagai pemboleh ubah tidak bersandar, manakala kepuasan kerja adalah pemboleh ubah bersandar. Kajian ini juga menggunakan pendekatan kuantitaif iaitu dengan membina satu set soal selidik untuk mendapatkan data. Penelitian ini menggunakan 40 orang responden dan keseluruhan responden adalah merupakan pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu, Sabah. Penyelidik menganalisis data dengan perisian komputer iaitu Spss Statistical Package for Social Science (SPSS versi 26) dan semua soal selidik yang lengkap dinilai dengan menggunakan proses analisis data. Hasil dapatan dalam kajian ini menunjukkan bahawa hanya gaya kepimpinan mempunyai hubungan positif dan signifikan terhadap kepuasan kerja pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sementara budaya organisasi di dapati tidak signifikan terhadap kepuasan kerja. Kepuasan kerja pekerja bergantung kepada gaya kepimpinan majikan. Pengurus harus memilih gaya kepemimpinan terbaik mengikut kesesuaian dan kematangan organisasi pekerja. Walaupun kajian ini dilakukan di Kota Kinabalu, Sabah, namun penemuan ini dapat dijangkakan mempunyai kaitan dengan skala yang lebih luas. |
---|