Respon pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja dalam menghadapi pandemik Covid-19: Kajian Ke atas Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah (STIEU)

Masyarakat di seluruh dunia telah dikejutkan dengan krisis kesihatan yang teruk akibat wabak COVID-19 yang pada mulanya muncul di wilayah Hubei, Wuhan dan kemudiannya tersebar luas ke pelbagai buah negara di seluruh dunia. Pandemik ini bukan sahaja menimbulkan masalah kesihatan namun juga memberi im...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nursyifa Syahira Kamaruddin
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31330/1/Respon%20pemimpin-pemimpin%20kesatuan%20sekerja%20dalam%20menghadapi%20pandemik%20Covid-19.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31330/2/Respon%20pemimpin-pemimpin%20kesatuan%20sekerja%20dalam%20menghadapi%20pandemik%20Covid-1924pages.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31330/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat di seluruh dunia telah dikejutkan dengan krisis kesihatan yang teruk akibat wabak COVID-19 yang pada mulanya muncul di wilayah Hubei, Wuhan dan kemudiannya tersebar luas ke pelbagai buah negara di seluruh dunia. Pandemik ini bukan sahaja menimbulkan masalah kesihatan namun juga memberi impak yang signifikan kepada sektor ekonomi dan pekerjaan. Justeru, bagi menghadapi dampak pandemik ini, respon yang pantas dan inovatif daripada pihak tertentu amatlah penting agar mereka dapat mengelakkan kesan yang lebih buruk dan beradaptasi dengan situasi yang sedang berlaku. Banyak kajian yang dijalankan sepanjang COVID-19 ini menunjukkan bahawa wabak tersebut memberikan kesan yang berbeza kepada pelbagai jenis sektor atau pekerjaan. Oleh itu, dengan memfokuskan kepada industri perkayuan dan juga kesatuan sekerja, kajian ini dijalankan untuk mengkaji impak pandemik COVID-19 terhadap pekerja yang merupakan ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah (STIEU) dan mengenal pasti respon pemimpin-pemimpin STIEU dalam menghadapi pandemik ini. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, pengkaji telah menemu bual tiga orang pemimpin kesatuan sekerja bagi mendapatkan data, yang kemudiannya dianalisis secara analisis tematik. Secara kesimpulannya, kajian ini mendapati pandemik COVID-19 telah mengakibatkan pendapatan para pekerja terjejas dan juga berlakunya pembuangan pekerja dalam organisasi serta pemimpin kesatuan juga telah memberikan respon yang sewajarnya dalam menghadapi pandemik ini. Berdasarkan kepada hasil kajian ini, pengkaji juga mencadangkan satu pendekatan yang boleh diguna pakai oleh pihak yang berkepentingan semasa pandemik COVID-19 ini untuk menunjukkan bahawa situasi ini boleh ditangani dengan baik melalui perbincangan dan toleransi bersama.