Pengaruh gaya keibubapaan dan pengetahuan keagamaan ke atas kesediaan mengubah tingkah laku dalam kalangan remaja di Malaysia dan Brunei: persepsi sokongan sosial sebagai penyederhana

Kajian dijalankan bertujuan untuk meneroka pengaruh yang dimainkan oleh gaya keibubapaan dan pengetahuan keagamaan ke atas kesediaan mengubah tingkah laku dalam kalangan remaja di Malaysia dan Brunei. Dua jenis gaya keibubapaan yang dikaji adalah perhatian dan kawalan. Kajian ini juga melihat perana...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Khairani Kaharuddin, Mohd Dahlan A. Malek
格式: Proceedings
语言:English
English
出版: Fakulti Psikologi dan Pendidikan 2021
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31318/1/Pengaruh%20gaya%20keibubapaan%20dan%20pengetahuan%20keagamaan%20ke%20atas%20kesediaan%20mengubah%20tingkah%20laku%20dalam%20kalangan%20remaja%20di%20Malaysia%20dan%20Brunei-ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31318/2/Pengaruh%20gaya%20keibubapaan%20dan%20pengetahuan%20keagamaan%20ke%20atas%20kesediaan%20mengubah%20tingkah%20laku%20dalam%20kalangan%20remaja%20di%20Malaysia%20dan%20Brunei.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31318/
https://www.researchgate.net/profile/Charles-Ganaprakasam/publication/354692266_THE_RELATIONSHIP_BETWEEN_HELICOPTER_PARENTING_AND_NONSUICIDAL_SELF-INJURY_AMONG_ADOLESCENTS_IN_KEDAH_MALAYSIA/links/6147d4e8a595d06017db6f94/THE-RELATIONSHIP-BETWEEN-HELICOPTER-PARENTING-AND-NONSUICIDAL-SELF-INJURY-AMONG-ADOLESCENTS-IN-KEDAH-MALAYSIA.pdf#page=66https://www.researchgate.net/profile/Charles-Ganaprakasam/publication/354692266_THE_RELATIONSHIP_BETWEEN_HELICOPTER_PARENTING_AND_NONSUICIDAL_SELF-INJURY_AMONG_ADOLESCENTS_IN_KEDAH_MALAYSIA/links/6147d4e8a595d06017db6f94/THE-RELATIONSHIP-BETWEEN-HELICOPTER-PARENTING-AND-NONSUICIDAL-SELF-INJURY-AMONG-ADOLESCENTS-IN-KEDAH-MALAYSIA.pdf#page=66
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian dijalankan bertujuan untuk meneroka pengaruh yang dimainkan oleh gaya keibubapaan dan pengetahuan keagamaan ke atas kesediaan mengubah tingkah laku dalam kalangan remaja di Malaysia dan Brunei. Dua jenis gaya keibubapaan yang dikaji adalah perhatian dan kawalan. Kajian ini juga melihat peranan persepsi sokongan sosial daripada tiga sumber iaitu individu signifikan, keluarga dan rakan sama ada sumber tersebut bertindak sebagai penyederhana ke atas hubungan gaya keibubapaan dan pengetahuan keagamaan dengan kesediaan mengubah tingkah laku remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang menggunakan set soal selidik. Seramai 949 orang remaja yang dibahagikan kepada dua negara, iaitu Malaysia (702 orang) dan Brunei (247 orang). Responden terdiri daripada remaja yang berumur 18 hingga 21 tahun. Soal selidik yang digunakan adalah The Parental Bonding Instrument (PBI) untuk mengukur gaya keibubapaan, alat kajian mengukur pengetahuan keagamaan, Mutidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS) untuk mengukur persepsi sokongan sosial, dan Readiness for Change Assessment untuk mengukur kesediaan mengubah tingkah laku remaja. Hasil kajian mendapati bahawa pengaruh ibu secara perhatian menyumbang kepada kesediaan mengubah tingkah laku remaja di Malaysia, manakala di Brunei pula kawalan ibu yang menyumbang kepada kesediaan perubahan. Bagi gaya keibubapaan bapa di Malaysia didapati dimensi perhatian dan kawalan keduanya menyumbang kepada kesediaan perubahan, manakala di Brunei hanya kawalan bapa yang memberikan sumbangan pengaruh. Pengetahuan keagamaan didapati tidak menyumbang secara signifikan ke atas kesediaan mengubah tingkah laku remaja di Malaysia dan Brunei. Kajian ini juga mendapati persepsi sokongan sosial individu signifikan bertindak sebagai penyederhana dalam hubungan perhatian dan kawalan ibu dengan kesediaan mengubah tingkah laku remaja di Malaysia. Implikasi kajian ini menunjukkan kepentingan ibu bapa dalam memilih gaya keibubapaan yang betul. Gaya keibubapaan yang diamalkan sangat berperanan penting ke atas pemilihan tingkah laku atau kesediaan remaja untuk mengubah tingkah laku yang lebih baik