Faktor yang mempengaruhi niat berhenti kerja dalam kalangan pekerja perhotelan di Courtyard Hotel 1borneo, Kota Kinabalu, Sabah
Kajian ini dilakukan di tempat kajian iaitu Courtyard Hotel Kota Kinabalu, Sabah melibatkan seramai 3 orang informan merupakan pekerja tetap di hotel tersebut. Pengkaji juga menggunakan pendekatan kualitatif dengan persampelan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih spesifik dan mendalam ber...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Academic Exercise |
Language: | English English |
Published: |
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31288/1/Faktor%20yang%20mempengaruhi%20niat%20berhenti%20kerja%20dalam%20kalangan%20pekerja%20perhotelan.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31288/2/Faktor%20yang%20mempengaruhi%20niat%20berhenti%20kerja%20dalam%20kalangan%20pekerja%20perhotelan24PAGES.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31288/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dilakukan di tempat kajian iaitu Courtyard Hotel Kota Kinabalu, Sabah melibatkan seramai 3 orang informan merupakan pekerja tetap di hotel tersebut. Pengkaji juga menggunakan pendekatan kualitatif dengan persampelan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih spesifik dan mendalam berdasarkan tajuk kajian. Selain itu, pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual untuk mengumpul dan mendapat data kajian ini. Seterusnya pengkaji berjaya menganalisis data dengan ditanskripkan dari alat perakan suara kepada ayat yang berbentuk akademik. Niat berhenti kerja di kalangan pekerja hotel berada diambang yang sangat serius pada masa kini. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui faktor niat berhenti kerja dalam kalangan pekerja perhotelan Courtyard Hotel 1Borneo Kota Kinabalu Sabah. Courtyard Hotel 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah adalah industri penginapan yang bertaraf 3.5 bintang. Menurut Hakimah, Munir dan Azlinzuraini (2019), antara faktor mempengaruhi niat berhenti kerja di kalangan pekerja perhotelan adalah, kepuasan gaji dan pampasan, persekitaran kerja, tekanan di tempat kerja dan rakan sekerja. Di samping itu, faktor yang menyebabkan pekerja berniat untk berhenti adalah berubah dari masa ke semasa yang menyebabkan punca pekerja meninggalkan organisasi adalah pelbagai. Oleh itu, kajian ini akan menerangkan pelbagai faktor yang mempengaruhi pekerja berniat untuk berhenti pada masa kini. Peningkatan niat berhenti kerja pastinya mempunyai impak atau kesan yang akan berlaku pada masa kini. Pandemik Covid-19 memberikan cabaran yang signifikan terhadap perusahaan sesebuah perhotelan. Rantaian nilai industri perhotelan saling berkait dengan kumpulan industri lain serta domestik dan global kegiatan ekonomi dan sosial. Hal demikian menyebabkan industri perhotelan harus kekal bertahan dengan mengurankan kadar pusing ganti dan niat berhenti kerja pada era pandemic Covid-19. |
---|