Petronas dan hasil royalti minyak dan gas Sarawak dalam sistem perkongsian pengeluaran (1974-1990)

Keluaran hasil minyak petroleum negara Malaysia terletak di bawah bidang kuasa dan pengurusan PETRONAS sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974). Akta ini membolehkan PETRONAS ditubuhkan dan memberikan hak ekslusif kepada perbadanan ini untuk mengawal semua akti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suzanne Atar, A Rahman Tang Abdullah, Bilcher Bala
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31232/1/Petronas%20dan%20hasil%20royalti%20minyak%20dan%20gas%20Sarawak%20dalam%20sistem%20perkongsian%20pengeluaran%20%281974-1990%29.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31232/2/Petronas%20dan%20hasil%20royalti%20minyak%20dan%20gas%20Sarawak%20dalam%20sistem%20perkongsian%20pengeluaran%20%281974-1990%291.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31232/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/1629/1063
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Keluaran hasil minyak petroleum negara Malaysia terletak di bawah bidang kuasa dan pengurusan PETRONAS sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA 1974). Akta ini membolehkan PETRONAS ditubuhkan dan memberikan hak ekslusif kepada perbadanan ini untuk mengawal semua aktiviti eksplorasi dan eksploitasi minyak di Malaysia. Ia merangkumi kegiatan dalam memajukan industri huluan dan hiliran minyak dan gas dalam negara. Terdapat empat negeri yang terlibat dengan hasil pengeluaran minyak petroleum ini, iaitu Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan. Namun begitu, perkara pokok yang menjadi persoalan ialah hasil royalti minyak dan gas sebanyak 5 peratus yang dibayar oleh PETRONAS kepada kerajaan negeri. Dalam hal ini, Sarawak telah menjadikan isu ini sebagai alat bagi menuntut jumlah peratus royalti yang lebih tinggi, yang menimbulkan perdebatan dengan kerajaan persekutuan. Ini kerana Sarawak melihat hasil minyak ini menjana pendapatan yang lumayan pada setiap tahun, yang sepatutnya negeri tersebut diberikan peratusan yang lebih besar sejak dari tahun 1974 hingga 1990. Namun begitu, kefahaman terhadap isu ini perlu disandar kepada kerangka hasil pendapatan PETRONAS yang berdasarkan kepada regim fiskal petroleum, iaitu sistem Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) untuk menjana keuntungan yang mampan. Makalah ini akan memaparkan tentang sejarah perkembangan dan sistem perolehan yang diguna pakaioleh PETRONAS dengan mengkhusus kepada kes Sarawak.