Sebab-sebab tingkah laku mencederakan diri dalam kalangan remaja di bandar Kota Kinabalu

Tingkah laku mencederakan diri merupakan masalah utama yang menyebabkan seseorang itu membunuh diri. Namun begitu, isu tingkah laku mencederakan diri merupakan isu yang sangat jarang diperkatakan oleh masyarakat di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sebab-sebab mencederakan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norsuhada Kamaludin, Guan, Teik Ee
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Penerbit UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31222/1/Sebab-sebab%20tingkah%20laku%20mencederakan%20diri%20dalam%20kalangan%20remaja%20di%20bandar%20Kota%20Kinabalu.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31222/2/Sebab-sebab%20tingkah%20laku%20mencederakan%20diri%20dalam%20kalangan%20remaja%20di%20bandar%20Kota%20Kinabalu_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31222/
http://www.cseap.edu.my/sapj/index.php/journal/singleJournal/190
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tingkah laku mencederakan diri merupakan masalah utama yang menyebabkan seseorang itu membunuh diri. Namun begitu, isu tingkah laku mencederakan diri merupakan isu yang sangat jarang diperkatakan oleh masyarakat di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sebab-sebab mencederakan diri terhadap 720 orang remaja yang terlibat dalam tingkah laku mencederakan diri di Bandar Kota Kinabalu, Sabah. Alat kajian soal selidik Self-Hurt Assessment digunakan untuk mengumpul data. Hasil kajian mendapati bahawa sebab utama remaja mencederakan diri adalah “untuk merasa rileks” (intrapersonal). Sebanyak 22.5% (162) orang remaja yang menyatakan mereka selalu melakukan perbuatan mencederakan diri kerana ingin merasa rileks. Sebab yang kedua adalah “supaya ibu bapa boleh memahami saya,” (interpersonal) iaitu sebanyak 17.9% (129) orang remaja menyatakan mereka mencederakan diri kerana menginginkan ibu bapa memahami mereka. Manakala sebab mencederakan diri yang ketiga pula ada dua, iaitu “untuk membuat sesuatu semasa bersendirian dan “untuk mencontohi orang yang disanjung tinggi.” Kedua-dua item ini adalah faktor interpersonal, masing-masing terdiri daripada 12.5% dengan jumlah responden seramai 90 orang. Dapatan kajian ini memberi implikasi kepada agensi-agensi yang memberi perkhidmatan kepada remaja. Agensi-agensi ini boleh menyediakan program yang membimbing remaja cara menyalurkan emosi dengan baik kerana remaja hari ini adalah tonggak negara pada masa hadapan.