Mendekonstruksi sejarah dalam novel 1515: Satu penulisan semula daripada perspektif golongan subaltern

Novel 1515 merupakan karya terbaik yang pernah dihasilkan oleh pengarang prolifik negara, Faisal Tehrani dan novel ini pernah memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2002. Novel ini berbeza daripada novel-novelnya yang lain. Novel ini tampil dengan satu dimensi baharu, iai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosma Derak
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31128/1/Mendekonstruksi%20sejarah%20dalam%20novel%201515%2C%20Satu%20penulisan%20semula%20daripada%20perspektif%20golongan%20subaltern-ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31128/2/Mendekonstruksi%20sejarah%20dalam%20novel%201515%2C%20Satu%20penulisan%20semula%20daripada%20perspektif%20golongan%20subaltern.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31128/
https://myjurnal.mohe.gov.my/public/article-view.php?id=82068
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Novel 1515 merupakan karya terbaik yang pernah dihasilkan oleh pengarang prolifik negara, Faisal Tehrani dan novel ini pernah memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2002. Novel ini berbeza daripada novel-novelnya yang lain. Novel ini tampil dengan satu dimensi baharu, iaitu merubah semula sejarah Melaka yang ditawan oleh Portugis pada tahun 1511 yang telah diiktiraf sebagai sejarah yang benar. Justeru, kajian ini akan menggunakan satu kaedah yang muncul dalam kajian subaltern, iaitu kaedah ‘Deconstructing Historiography’ yang telah diperkenalkan oleh Ranajit Guha untuk menulis semula sejarah yang baharu daripada perspektif baharu. ‘Deconstructing Historiography’ atau penulisan semula sejarah merupakan satu strategi golongan yang dijajah atau golongan subaltern untuk tampil menentang hegemoni yang telah dikenakan oleh penjajah terhadap golongan yang dijajah. Hasil daripada kajian, didapati bahawa novel 1515 adalah novel pascakolonial yang mengangkat suara golongan subaltern dengan menjungkirbalikkan semula sejarah Melaka yang dikalahkan oleh Portugis pada tahun 1511. Faisal Tehrani mengubah dan meruntuhkan penulisan sejarah dengan memberi kemenangan kepada Melaka yang berjaya menawan Portugis pada tahun 1515 dengan menggunakan teknik buku sejarah ‘1515’, tesis PhD, teknik nota kaki, teknik mimicry dan menonjolkan watak wanita untuk menentang penjajah.