Perpaduan kaum dalam antologi cerpen 1Malaysia

Isu Tentang Perpaduan kaum dalam karya telah lama diungkapkan oleh penulis-penulis di Malaysia. Isu ini semakin menyerlah apabila Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak mengemukakan gagasan 1Malaysia pada tahun 2009. Melalui prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam gagasan tersebut,...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلفون الرئيسيون: Asmiaty Amat, Lokman Abdul Samad
التنسيق: مقال
اللغة:English
English
منشور في: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2013
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31110/3/Perpaduan%20kaum%20dalam%20antologi%20cerpen%201Malaysia.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31110/1/Perpaduan%20kaum%20dalam%20antologi%20cerpen%201Malaysia-ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31110/
https://myjurnal.mohe.gov.my/public/article-view.php?id=76082
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Isu Tentang Perpaduan kaum dalam karya telah lama diungkapkan oleh penulis-penulis di Malaysia. Isu ini semakin menyerlah apabila Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak mengemukakan gagasan 1Malaysia pada tahun 2009. Melalui prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam gagasan tersebut, rakyat Malaysia cuba memahami bentuk gagasan tersebut dalam pelbagai perspektif. Antologi 1Malaysia memuatkan cerpen pelajar Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Melalui kajian yang menggunakan pendekatan struktural, pemahaman pelajar berkenaan isu perpaduan kaum atau gagasan 1Malaysia telah dikenal pasti. Kajian mendapati bahawa isu perpaduan kaum yang dibawa oleh pelajar masih sama dengan isu perpaduan kaum yang telah dinyatakan oleh penulis-penulis mapan sebelum ini. Bagi mereka, isu perpaduan kaum boleh dibentuk melalui hubungan persahabatan yang tulus dan ikhlas. kebanyakan karya tidak memperlihatkan satu bentuk pemikiran yang lebih besar untuk dicanai atau dibincangkan seperti berkenaan dasar ekonomi atau bahasa kebangsaan. Tidak ada cerpen yang memperlihatkan satu gagasan perpaduan yang lebih kompleks sebaliknya, penyelesaian terhadap masalah perpaduan dinyatakan dengan memperlihatkan persefahaman di antara kesemua kaum yang terlibat. Melalui penelitian terhadap bentuk dan gaya penulisan penulis-penulis tersebut, kajian turut mendapati bahawa hampir keseluruhan pengarang menulis dengan gaya yang sangat biasa, masih konvensional dan tidak ada kecenderungan baharu dalam bentuk penceritaan.