Maharaja Overbeck: satu pandangan mengenai hak dan kedudukan pemerintah Borneo utara (1877-1881)

Gustavos Overbeck adalah seorang saudagar, pengembara, dan diplomat. Apabila beliau memajak seluruh wilayah Borneo Utara pada tahun 1877, Sultan Brunei telah melantik beliau sebagai Maharaja Sabah, Raja Gaya dan Sandakan. Tujuan asal Overbeck pergi ke Borneo Utara hanyalah untuk berniaga demi mencar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yusry Sulaiman, Bilcher Bala
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31104/1/Maharaja%20Overbeck.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31104/2/Maharaja%20Overbeck1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31104/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/2427
https://doi.org/10.51200/jobsts.v0i0.2427
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gustavos Overbeck adalah seorang saudagar, pengembara, dan diplomat. Apabila beliau memajak seluruh wilayah Borneo Utara pada tahun 1877, Sultan Brunei telah melantik beliau sebagai Maharaja Sabah, Raja Gaya dan Sandakan. Tujuan asal Overbeck pergi ke Borneo Utara hanyalah untuk berniaga demi mencari keuntungan. Pada tahun 1854, beliau menjadi ejen perdagangan kepada sebuah syarikat British, iaitu Dent & Company di Hong Kong. Pada tahun 1864-1866, beliau pernah dilantik sebagai konsul Austria. Pada awal tahun 1876, Overbeck telah membeli hak konsesi syarikat American Trading Company yang memiliki konsesi ke atas Borneo Utara. Lantaran itu Overbeck bercita-cita untuk menubuhkan sebuah pemerintahan koloni. Pada bulan November 1877, beliau belayar ke Borneo Utara dengan tujuan untuk memperoleh hak wilayah dan eksploitasi sumber kuasa dan ekonomi. Beliau mengadap Sultan Brunei untuk memperbaharui konsesi yang hampir tamat tempoh pada ketika itu. Pada 29 Disember 1877, satu perjanjian konsesi ke atas Borneo Utara dengan Sultan Abdul Momin telah termeterai. Perjanjian tersebut memberi hak sepenuhnya kepada Overbeck untuk memerintah Borneo Utara. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan arkib. Makalah ini akan menjelaskan kejayaan dan kegagalan Overbeck untuk memanfaat kedudukan beliau sebagai pemerintah di Borneo Utara atau Maharajah dari tahun 1877 sehingga tahun 1881.