Impak migrasi terhadap pembentukan multi etnik Islam di Sabah

Isu migrasi etnik bukanlah satu perbahasan yang baharu. Terdapat pelbagai etnik yang dikenali sebagai etnik migran yang bermigrasi sehingga membentuk diaspora etnik mereka di serata dunia. Migrasi yang berlaku menjadikan negara yang didatangi telah membentuk masyarakat yang terdiri daripada pelbagai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Abang Mohd Razif Abang Muis, Pg Mohd Faezul Fikri Ag Omar, Noor Afiqah Athirah Hajimin
Format: Conference or Workshop Item
Language:Malay
Malay
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30957/1/Impak%20migrasi%20terhadap%20pembentukan%20multi%20etnik%20Islam%20di%20Sabah_FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30957/2/Impak%20migrasi%20terhadap%20pembentukan%20multi%20etnik%20Islam%20di%20Sabah_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30957/
https://www.researchgate.net/publication/336741836_IMPAK_MIGRASI_TERHADAP_PEMBENTUKAN_MULTI_ETNIK_ISLAM_DI_SABAH
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu migrasi etnik bukanlah satu perbahasan yang baharu. Terdapat pelbagai etnik yang dikenali sebagai etnik migran yang bermigrasi sehingga membentuk diaspora etnik mereka di serata dunia. Migrasi yang berlaku menjadikan negara yang didatangi telah membentuk masyarakat yang terdiri daripada pelbagai ras, etnik, kaum, bangsa dan agama. Dalam konteks Sabah, migrasi etnik juga bukanlah satu fenomena yang asing. Sabah turut menerima migrasi dari pelbagai etnik sehingga membentuk kepelbagaian etnik dan kaum di Sabah. Ini menjadikan Sabah yang asalnya dibentuk oleh beberapa etnik peribumi, kini telah berkembang dan membentuk masyarakat multi etnik. Oleh sebab Sabah mempunyai kewujudan etnik yang pelbagai, kajian ini hanya bertujuan untuk menganalisis impak migrasi etnik-etnik dominan Islam daripada Filipina, Indonesia dan Brunei terhadap pembentukan multi etnik Islam di Sabah. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan dijalankan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data-data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Kajian ini mendapati terdapat pelbagai etnik dominan Islam daripada ketiga-tiga negara tersebut telah menyumbang kepada pembentukan multi etnik Islam di Sabah seperti daripada Brunei etnik Melayu-Brunei dan Kedayan; Indonesia seperti etnik Jawa dan Bugis, serta Filipina seperti etnik Kegayan, Bajau, Iranun dan Suluk. Kepelbagaian etnik ini telah menjadikan ia sebagai satu keunikan di Sabah. Walaupun masyarakat Sabah dibentuk daripada pelbagai etnik, namun masyarakatnya dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni sehingga dinobatkan sebagai contoh 1Malaysia. Justeru, Malaysia amnya dan Sabah khususnya dapat menjadi model kepada negara-negara yang masyarakatnya turut terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum.