Potensi membangunkan program homestay dan penglibatan komuniti di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Program homestay dan penglibatan ahli komuniti merupakan salah satu inisiatif membangunkan komuniti di luar bandar di Sabah dan Malaysia amnya. Ini kerana, pelaksanaan program homestay merupakan penyumbang kepada peningkatan pendapatan ekonomi negara dan sekaligus membantu meningkatkan sosioekonomi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Harhamsah Hairal, Rosazman Hussin
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30854/1/Potensi%20membangunkan%20program%20homestay%20dan%20penglibatan%20komuniti%20di%20Pulau%20Gaya%2C%20Kota%20Kinabalu%2C%20Sabah%2C%20Malaysia.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30854/2/Potensi%20membangunkan%20program%20homestay%20dan%20penglibatan%20komuniti%20di%20Pulau%20Gaya%2C%20Kota%20Kinabalu%2C%20Sabah%2C%20Malaysia1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30854/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/3601
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program homestay dan penglibatan ahli komuniti merupakan salah satu inisiatif membangunkan komuniti di luar bandar di Sabah dan Malaysia amnya. Ini kerana, pelaksanaan program homestay merupakan penyumbang kepada peningkatan pendapatan ekonomi negara dan sekaligus membantu meningkatkan sosioekonomi ahli komuniti yang terlibat. Dalam hal ini, bagi merealisasikan pembangunan program homestay di Pulau Gaya terdapat beberapa faktor yang yang harus diteliti dan diambil kira bagi membuktikan sama ada Pulau Gaya berpotensi untuk pembangunan program homestay. Oleh itu, kajian ini cuba melihat potensi membangunkan program homestay dan penglibatan ahli komuniti di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Pengumpulan data kajian ini, penyelidik telah mengaplikasikan kaedah mixed methods. Melalui kaedah kuantitatif penyelidik telah melakukan soal selidik ke atas 150 responden iaitu ketua isi rumah atau wakil mereka. Manakala, kaedah kualitatif penyelidik telah menemubual 15 informan (Stakeholder) berdasarkan persampelan bertujuan. Hasil kajian ini, menunjukkan potensi membangunkan program homestay dan penglibatan ahli komuniti adalah tinggi berdasarkan data soal selidik iaitu menunjukkan sebanyak 101 orang atau 67.33 peratus responden bersetuju untuk menyertai program homestay. Di samping itu, melalui analisis SWOT juga menunjukkan bahawa ahli komuniti Pulau Gaya berpotensi membangunkan program homesray kerana, aspek kekuatan dan peluang dalam analisis SWOT menunjukkan lebih tinggi berbanding aspek kelemahan dan ancaman. Hal ini, menunjukkan bahawa ahli komuniti Pulau Gaya mempunyai potensi yang tinggi. Oleh itu, hasil kajian ini menujukkan bahawa Pulau Gaya mempunyai potensi membangunkan program homestay disebabkan adanya penglibatan ahli komuniti.