Motif peserta dalam sukan triathlon

Sukan Triathlon telah menjadi semakin popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan adalah antara sukan yang paling pesat berkembang di dunia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji motif penglibatan dalam acara Triathlon. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik Motivations of...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Nizam Nazarudin, Zakiah Noordin
Format: Article
Language:English
English
Published: Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30621/1/Motif%20peserta%20dalam%20sukan%20triathlon.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30621/2/Motif%20peserta%20dalam%20sukan%20triathlon1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30621/
http://jpsiks.cseap.edu.my/index.php/journal/search_journal?search_type=volume&searchj=Vol%203
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sukan Triathlon telah menjadi semakin popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan adalah antara sukan yang paling pesat berkembang di dunia. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji motif penglibatan dalam acara Triathlon. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik Motivations of Marathoners Scales (α = .71 hingga .86). Ia ditadbir kepada 120 peserta (min umur 37.19 ± 7.27 tahun, BMI 22.76 ± 4.21, 60 lelaki dan 60 wanita) yang mengambil bahagian dalam Putrajaya International Triathlon 2019. Statistik deskriptif dan inferensi (ujian-t dan Anova sehala) digunakan untuk menganalisis data. Motif psikologi, kesihatan fizikal dan pencapaian adalah pada tahap sangat tinggi tetapi motif sosial hanya pada tahap tinggi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina kecuali motif keahlian, pencapaian matlamat peribadi dan kehidupan bermakna. Nilai min motif keahlian, pencapaian matlamat peribadi dan kehidupan bermakna wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki. Terdapat perbezaan yang signifikan antara kategori acara kecuali motif pencapaian matlamat peribadi dan persaingan. Terdapat perbezaan motif keprihatinan berat badan yang signifikan di antara indeks jisim badan (BMI). Kesimpulannya adalah penyelidikan pada masa hadapan perlu mengkaji keberkesanan penglibatan motivasi dalam meningkatkan penyertaan dalam acara Triathlon.