Pendekatan Wasatiyyah dalam interaksi inter-agama di Malaysia
Keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama merupakan identiti unik yang dimiliki oleh Malaysia sejak kemerdekaan. Namun begitu, usaha mengekalkan keharmonian ini sudah pastinya berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya pada era ledakan teknologi maklumat dan komunikasi. Kemudahan yang ditaw...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UMS
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30614/1/Pendekatan%20Wasatiyyah%20dalam%20interaksi%20inter-agama%20di%20Malaysia%20.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30614/2/Pendekatan%20Wasatiyyah%20dalam%20interaksi%20inter-agama%20di%20Malaysia%201.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30614/ https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/2420/1866 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama merupakan identiti unik yang dimiliki oleh Malaysia sejak kemerdekaan. Namun begitu, usaha mengekalkan keharmonian ini sudah pastinya berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya pada era ledakan teknologi maklumat dan komunikasi. Kemudahan yang ditawarkan teknologi kini telah disalahgunakan, terutamanya dalam media sosial. Kebebasan bersuara telah disalahtafsirkan hingga mengundang penghinaan terhadap agama dan kaum, juga ujaran kebencian yang semakin menjadi-jadi. Pasca Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 telah memperlihatkan bibit-bibit ketegangan mulai tumbuh sehingga membawa kepada lahirnya isu-isu sensitif terutamanya berkaitan agama dan kaum yang jika tidak diuruskan dengan baik, berpotensi membawa Malaysia ke arah perpecahan dan permusuhan. Hal ini demikian kerana elemen agama dan kaum merupakan komoditi yang sering dijadikan modal untuk menimbulkan rasa tidak puas hati dan konflik. Situasi ini sekiranya tidak ditangani secara harmoni dikhuatiri mampu mencetuskan ketegangan dalam hubungan antara kaum dan agama di Malaysia. Maka, suatu asas yang kukuh berpaksikan prinsip wasatiyyah perlu dibina bagi memilih pendekatan yang bersesuaian dengan realiti semasa masyarakat majmuk di Malaysia. Pendekatan ini dibina berdasarkan panduan nas al-Quran, teks al-hadis serta pandangan para sarjana Muslim dengan mengambil kira realiti semasa yang wujud di Malaysia pada hari ini. Pendekatan yang seimbang ini mampu mengukuhkan dan mengharmonikan kembali interaksi sosial sesama masyarakat dalam rangka mengekalkan kerukunan dan perpaduan hidup bermasyarakat yang telah terbina sejak sekian lama. |
---|