Fungsi dan implikasi pusat internet terhadap masyarakat luar bandar di Sabah dalam era pandemik COVID-19

Pusat internet telah ditubuhkan oleh kerajaan di seluruh negara sebagai salah satu usaha untuk memperkasa sistem komunikasi serta tahap sosioekonomi dan merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar. Bagi masyarakat luar bandar yang menghadapi halangan berhubung kebolehcapaian dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Halina Sendera Mohd Yakin, Odetta Yahcob, Junaidah Januin
Format: Article
Language:English
English
Published: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30613/1/Fungsi%20dan%20implikasi%20pusat%20internet%20terhadap%20masyarakat%20luar%20bandar%20di%20Sabah%20dalam%20era%20pandemik%20COVID-19.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30613/2/Fungsi%20dan%20implikasi%20pusat%20internet%20terhadap%20masyarakat%20luar%20bandar%20di%20Sabah%20dalam%20era%20pandemik%20COVID-191.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30613/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/3214/2131
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pusat internet telah ditubuhkan oleh kerajaan di seluruh negara sebagai salah satu usaha untuk memperkasa sistem komunikasi serta tahap sosioekonomi dan merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar. Bagi masyarakat luar bandar yang menghadapi halangan berhubung kebolehcapaian dan pemilikan internet serta gadget, pusat internet yang kebanyakannya terletak di lokasi tertentu menjadi tumpuan bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malah para pekerja serta penduduk kampun g. Penularan pandemik COVID-19 yang melanda masyarakat telah melonjakkan lagi kepentingan komunikasi alam maya ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah membataskan komunikasi dan transaksi secara konvensional. Makalah ini diusahakan untuk mengkaji fungsi dan implikasi pusat internet terhadap masyarakat luar bandar semasa pandemik COVID-19 berlaku, khususnya di daerah Kudat, Pitas dan Kota Marudu yang terletak dalam zon Pantai Barat Utara, Sabah. Gabungan kaedah pemerhatian, soal selidik dan temu bual diaplikasikan bagi mendapatkan data primer ber sif at kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan seramai 133 responden dan 13 informan terdiri dalam kalangan pengurus serta pekerja di pusat internet, pelajar sekolah, Giatmara dan universiti, guru sekolah dan KAFA, kakitangan kerajaan serta swasta dan ketua serta penduduk kampung. Penemuan kajian mendapati fungsi pusat internet tidak menyerlah dalam kalangan masyarakat luar bandar khususnya semasa pelaksanaan PKP. Tambahan lagi, terdapat dalam kalangan masyarakat yang belum sedar tentang keberadaan serta lokasi pusat internet di daerah masing-masing. Di samping itu, bilangan yang terhad dan lokasi yang jauh dari petempatan penduduk kampung menyebabkan pusat internet tidak dapat berfungsi sewajarnya sebagai medium komunikasi komuniti. Kajian ini turut menyarankan beberapa langkah penyelesaian bagi mengatasi kemelut berhubung internet. Diharapkan kertas kerja ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha untuk memperkasakan komunikasi alam maya atau mewujudkan komuniti digital khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar.