Aksesibiliti bekalan air terawat dan cabaran sekuriti air di Pulau Sebatik, Malaysia

Akses terhadap sumber air merupakan satu keperluan bagi setiap manusia. Bekalan air bersih terawat menjadi agenda penting negara seperti yang dinyatakan dalam Dasar Sumber Air Negara (2012). Pulau Sebatik yang dimiliki oleh Malaysia telah memiliki sistem bekalan air paip tersendiri yang diperoleh da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Amirah Abdin, Nordin Sakke, Adi Jafar
Format: Article
Language:English
English
Published: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30612/1/Aksesibiliti%20bekalan%20air%20terawat%20dan%20cabaran%20sekuriti%20air%20di%20Pulau%20Sebatik%2C%20Malaysia.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30612/2/Aksesibiliti%20bekalan%20air%20terawat%20dan%20cabaran%20sekuriti%20air%20di%20Pulau%20Sebatik%2C%20Malaysia1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30612/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/2935/2130
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Akses terhadap sumber air merupakan satu keperluan bagi setiap manusia. Bekalan air bersih terawat menjadi agenda penting negara seperti yang dinyatakan dalam Dasar Sumber Air Negara (2012). Pulau Sebatik yang dimiliki oleh Malaysia telah memiliki sistem bekalan air paip tersendiri yang diperoleh daripada Loji Rawatan Air (LRA) Wallace Bay yang terletak di bahagian barat. Walaupun jaringan paip telah meliputi sehingga Rancangan Bergosong yang terletak di bahagian tengah pulau, tetapi masyarakat masih tidak mendapat bekalan air yang mampan. Oleh itu, kajian ini cuba melihat tahap sekuriti air dalam konteks capaian bekalan air terawat di Pulau Sebatik. Bagi mencapai objektif kajian, soal selidik dan temu bual telah dijalankan. Data-data soal selidik dianalisis menggunakan analisis jadual silang dalam Microsoft Excel. Di samping itu, sumber temu bual digunakan untuk menyokong dapatan soal selidik melalui analisis kata demi kata berpandukan kolektif memori responden. Umumnya, kemampuan masyarakat untuk menikmati bekalan air paip yang efisien di pulau ini masih berada pada tahap yang rendah. Penduduk sering menghadapi catuan bekalan air, terutama di kawasan jauh daripada LRA seperti Kampung Sungai Tongkang (76.5 peratus) dan Kampung Bergosong (78.0 peratus), berbanding Kampung Wallace Bay (28.4 peratus) yang terletak dekat dengan LRA. Lebih 50 peratus penduduk yang menghadapi catuan sering menghadapi masalah bekalan air antara tiga hingga lima hari dalam seminggu. Selain catuan, penduduk Sebatik tidak selesa dengan tahap kualiti air, iaitu lebih 50 peratus berpendapat air paip terasa klorin (54.7 peratus), payau (3.1 peratus) dan kadang-kadang keruh (21.1 peratus). Lantaran itu, para penduduk terpaksa bergantung dengan air hujan dan telaga sebagai alternatif untuk kegunaan harian utama. Dapatan ini diharapkan menjadi panduan kepada masyarakat di kawasan lain agar mampu memberikan reaksi dengan masalah bekalan air agar berupaya beradaptasi dengan masalah yang dihadapi.