Pengaruh monsun terhadap bahaya banjir: kajian kes dataran banjir Beaufort, Sabah

Jumlah hujan yang tinggi merupakan salah satu penyebab kejadian banjir. Intensiti atau jumlah hujan di satu-satu kawasan pula dipengaruhi oleh fenomena musim monsun. Pantai timur Semenanjung misalnya mempunyai purata jumlah hujan yang tinggi ketika musim monsun timur laut. Keadaan ini menyebabkan be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Adi Jafar, Nordin Sakke, Mohammad Tahir Mapa, Azali Saudi, Diana Hassan, Fionna George
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30602/1/Pengaruh%20monsun%20terhadap%20bahaya%20banjir.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30602/2/Pengaruh%20monsun%20terhadap%20bahaya%20banjir1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30602/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2769/1823
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Jumlah hujan yang tinggi merupakan salah satu penyebab kejadian banjir. Intensiti atau jumlah hujan di satu-satu kawasan pula dipengaruhi oleh fenomena musim monsun. Pantai timur Semenanjung misalnya mempunyai purata jumlah hujan yang tinggi ketika musim monsun timur laut. Keadaan ini menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap tahap bahaya banjir ketika musim tersebut di pantai timur Semenanjung. Daerah Beaufort merupakan salah satu kawasan hot spot banjir di Sabah. Oleh itu, kajian ini ingin mengenal pasti sama ada kejadian banjir yang berlaku di daerah Beaufort juga dipengaruhi oleh fenomena monsun. Justeru, data hidrologi yang diperoleh dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diintegrasikan bersama data pengukuran tikas di kawasan kajian bagi menentukan ciri-ciri banjir sepanjang tempoh sepuluh tahun (2009–2018). Data dianalisis menggunakan perisian Anaconda Python versi 3.7 melalui aplikasi Pandas. Melalui analisis tersebut, ciri-ciri banjir seperti aras kedalaman, tempoh masa kejadian dan kekerapan banjir diperoleh. Kajian ini mendapati tahap bahaya banjir di daerah Beaufort adalah lebih dominan pada musim monsun timur laut berbanding monsun barat daya. Walhal, purata jumlah hujan didapati lebih tinggi pada musim monsun barat daya. Ia menunjukkan tahap bahaya banjir di daerah Beaufort tidak dipengaruhi sepenuhnya oleh fenomena angin monsun.