Komposisi tari melayu dalam filem P. Ramlee Sumpah Orang Minyak (1958): analisis terhadap tarian Tudung Periuk

Artikel ini menganalisis komposisi tari Melayu dalam filem P. Ramlee, iaitu Sumpah Orang Minyak (1958). Perbincangan terhadap Tari Tudung Periuk dalam filem ini dilakukan berdasarkan analisis komposisi tari yang meliputi tema, gerak tari, pola lantai, penggunaan muzik dan kostum serta props. Analisi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sharip Zainal Sagkif Shek, Zairul Anuar Md. Dawam
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30551/1/Komposisi%20tari%20melayu%20dalam%20filem%20P.%20Ramlee%20Sumpah%20Orang%20Minyak%20.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30551/2/Komposisi%20tari%20melayu%20dalam%20filem%20P.%20Ramlee%20Sumpah%20Orang%20Minyak%201.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30551/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/2510
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini menganalisis komposisi tari Melayu dalam filem P. Ramlee, iaitu Sumpah Orang Minyak (1958). Perbincangan terhadap Tari Tudung Periuk dalam filem ini dilakukan berdasarkan analisis komposisi tari yang meliputi tema, gerak tari, pola lantai, penggunaan muzik dan kostum serta props. Analisisk tema atau pokok persoalan yang cuba dipaparkan melalui makna gerak tari dan pola lantai yang dipersembahkan telah dilakukan. Ia bertujuan melihat sama ada gerak dan pola lantai yang digunakan bersesuaian dengan tema yang cuba disampaikan melalui filem tersebut. Selain itu, analisis juga akan meliputi penggunaan muzik, lagu dan kostum serta props yang digunakan oleh penari, sama ada memenuhi ciri-ciri sebuah tari Melayu yang mempunyai unsur budaya dan tradisi Melayu. Analisis ini juga akan dihubung kait dengan tujuan adegan yang dipaparkan dalam filem tersebut. Kajian ini mendapati tema yang cuba disampaikan melalui gerak tari dan pola lantai dalam dua buah tarian tersebut bersesuaian dengan tujuan adegan yang cuba dipaparkan dalam filem. Malah, pola lantai, penggunaan muzik, lagu dan kostum serta props dalam tarian tersebut memenuhi ciri-ciri komposisi sebuah tari Melayu yang mempunyai unsur budaya dan tradisi Melayu. Analisis komposisi tari tarian Melayu dalam filem P. Ramlee ini diharap dapat dijadikan panduan kepada penggiat seni tanah air, para pelajar tari, koreografer dan penulis untuk mengkaji dan menghasilkan tari yang mempunyai ciri-ciri budaya dan tradisi Melayu dari aspek tema, gerak tari, pola lantai, penggunaan muzik dan lain-lain lagi.