Elemen patriotisme dalam filem Mat Salleh Pahlawan Sabah (1983)

Filem adalah karya seni berbentuk audio dan visual. Selain hiburan, filem juga merakamkan semula sejarah bangsa dan negara serta berperanan menyebarkan pelbagai mesej kepada masyarakat. Antaranya adalah menyedarkan masyarakat tentang semangat patriotisme pada negara. Hal ini dinyatakan Mohd Daly et...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Juhan Junaidi, Zairul Anuar Md. Dawam, Rosli Sareya
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30540/1/Elemen%20patriotisme%20dalam%20filem%20Mat%20Salleh%20Pahlawan%20Sabah%20%281983%29.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30540/2/Elemen%20patriotisme%20dalam%20filem%20Mat%20Salleh%20Pahlawan%20Sabah%20%281983%291.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30540/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/3284
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Filem adalah karya seni berbentuk audio dan visual. Selain hiburan, filem juga merakamkan semula sejarah bangsa dan negara serta berperanan menyebarkan pelbagai mesej kepada masyarakat. Antaranya adalah menyedarkan masyarakat tentang semangat patriotisme pada negara. Hal ini dinyatakan Mohd Daly et al. (2017: 570), bahawa penerbitan filem patriotisme bukan sahaja sebagai tontonan, malah mampu menyemai dan menyampaikan mesej cintakan negara. Selain perlakuan, penyampaian mesej boleh dilakukan melalui penyampaian dialog watak. Justeru, artikel ini akan menganalisis penggunaan ujaran implikatur patriotisme dalam filem Mat Salleh Pahlawan Sabah (1983) dengan menggunakan teori Grice (1975). Pemilihan filem ini dilakukan kerana gambaran Mat Salleh dalam memperjuangkan keadilan sehingga sanggup mati cukup jelas menunjukkan semangat patriotisme beliau pada bumi Sabah. Selain itu, sehingga kini nama Mat Salleh menjadi legenda bualan masyarakat dan salah satu tokoh yang menentang keras penjajah khususnya di negeri Sabah. Oleh itu, analisis penggunaan ujaran implikatur patriotisme ini bertujuan untuk menentukan presentasi dan mesej tentang patriotisme boleh dijelaskan secara harfiah dan terperinci berdasarkan konteks negara Malaysia melalui medium filem. Selain itu, ia juga bertujuan memperkuatkan lagi watak Mat Salleh dalam filem tersebut dikategorikan sebagai pahlawan yang mempunyai semangat patriotisme iaitu cintakan negaranya.