Penggunaan data Cinemetric sebagai satu penemuan signifikasi makna subteks dalam kajian filem

Kajian ini memberi fokus kepada objek formal iaitu disebut sebagai sinematik dan sistem tanda. Filem Lelaki Harapan Dunia (LHD, 2014) merupakan material teks filem yang menyelusuri pengalaman subjektif manusia dan takrifan mereka terhadap dunia khususnya dalam dunia ruang komposisi filem (memahami c...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: M Fazmi Hisham
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30533/1/Penggunaan%20data%20Cinemetric%20sebagai%20satu%20penemuan%20signifikasi%20makna%20subteks%20dalam%20kajian%20filem.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30533/2/Penggunaan%20data%20Cinemetric%20sebagai%20satu%20penemuan%20signifikasi%20makna%20subteks%20dalam%20kajian%20filem1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30533/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/2388
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memberi fokus kepada objek formal iaitu disebut sebagai sinematik dan sistem tanda. Filem Lelaki Harapan Dunia (LHD, 2014) merupakan material teks filem yang menyelusuri pengalaman subjektif manusia dan takrifan mereka terhadap dunia khususnya dalam dunia ruang komposisi filem (memahami cara, pandangan atau perspektif dunia melalui pandangan orang lain) menjadi asas utama kajian. Dalam konteks kajian ini, teori Miles dan Huberman, dan aplikasi perisian Cinemetrics digunakan dengan pendekatan data rubrik yang kemudiannya sebagai verifikasi data keseluruhannya untuk paparan data yang lebih tersusun. Teori Semiotik Roland Barthes digunakan terhadap teks filem dan penelitian akan bertumpu bagaimana pembinaan unsur sinematik menghasilkan makna subteks. Kajian ini melihat kepada aspek teknikal gerak kerja kamera sebagai penelitian utama dalam memahami sistem tanda dan makna menerusi perisian Cinemetrics. Subteks yang signifikan ini diperoleh daripada sistem tanda semiotik yang lebih spesifik iaitu denotasi, konotasi dan mitos. Fokus analisis adegan dan unsur sinematik yang benar-benar dominan sahaja dilakukan yang merangkumi perbincangan gerak kerja kamera adegan 16 dan 64. Hasil penelitian terhadap teks filem, ia berfungsi sebagai ideational yang menerangkan hubungan antara actants (pelakon) memainkan peranan mereka dalam filem, keduanya berfungsi sebagai interpersonal yang mengangkat pemikiran pengarah seperti yang disampaikan dan ketiga berfungsi sebagai textual yang membawa maksud mesej disampaikan secara tersirat.