Wacana islamofobia dalam media Malaysia: obligasi, isu-isu dan cabaran

Kajian ini bertujuan menganalisis komitmen dan usaha yang dilakukan oleh media di Malaysia untuk membendung penularan propaganda dan sentimen yang bermotif mengaibkan nama baik Islam dan Muslim di samping usaha-usaha meneutralkan sterotaip rasis tersebut dengan memberikan maklumat yang tepat berkena...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lee, Kuok Tiung, Aisah Meri, Siti Suriani Othman, Liana Mat Nayan
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30435/1/Wacana%20islamofobia%20dalam%20media%20Malaysia.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30435/2/Wacana%20islamofobia%20dalam%20media%20Malaysia1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30435/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/1574
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menganalisis komitmen dan usaha yang dilakukan oleh media di Malaysia untuk membendung penularan propaganda dan sentimen yang bermotif mengaibkan nama baik Islam dan Muslim di samping usaha-usaha meneutralkan sterotaip rasis tersebut dengan memberikan maklumat yang tepat berkenaan Islam dan Muslim. Hasil dapatan kajian melalui kaedah temubual mendalam dengan pengamal media dari beberapa buah akhbar arus perdana, stesen radio dan televisyen FTA terpilih telah merumuskan dasar dan polisi kerajaan Malaysia pada dasarnya secara tidak langsung sudah menyumbang kepada usaha-usaha mengawal penularan gejala Islamofobia. Komitmen untuk menjelas, mendidik dan memberikan kefahaman yang tepat tentang ajaran Islam dan Muslim sering mendapat tempat menerusi rancangan-rancangan yang diterbitkan terutama melalui saluran media kerajaan. Tidak dinafikan ada berlaku insiden-insiden yang secara mudahnya boleh dimanipulasi untuk mencetuskan persengketaan sesama rakyat Malaysia yang berbilang etnik dan agama, tetapi media di Malaysia sentiasa komited membantu mengawal dan meredakan keadaan. Kebanyakan usaha ini lahir daripada kesedaran tanggungjawab diri pengamal media di Malaysia untuk mengekalkan suasana aman dan harmoni dalam kalangan masyarakat pluralistik Malaysia.