Pemilihan peristiwa dalam proses pemberitaan

Kajian-kajian berkenaan penghasilan berita menawarkan pelbagai penjelasan tentang mengapa berita boleh bertukar menjadi apa yang dipaparkan (Berkowitz, 1988). Namun begitu, kajian berkenaan persamaan di kalangan wartawan dalam membuat pemilihan berita pula menunjukkan hasil yang tidak konsisten (Kim...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Liana Mat Nayan, Siti Suriani Othman, Lee, Kuok Tiung
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30432/1/Pemilihan%20peristiwa%20dalam%20proses%20pemberitaan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30432/2/Pemilihan%20peristiwa%20dalam%20proses%20pemberitaan1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30432/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/2616
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian-kajian berkenaan penghasilan berita menawarkan pelbagai penjelasan tentang mengapa berita boleh bertukar menjadi apa yang dipaparkan (Berkowitz, 1988). Namun begitu, kajian berkenaan persamaan di kalangan wartawan dalam membuat pemilihan berita pula menunjukkan hasil yang tidak konsisten (Kim & Bae, 2006). Kajian teoritikal ini secara amnya membincangkan bagaimana sesuatu peristiwa boleh menjadi berita dengan merujuk kepada beberapa pandangan dan paradigma kewartawanan dengan menggunakan kaedah penaakulan induktif. Apa yang dilakukan sebagai usaha awal ini ialah menelusuri kekuatan dan kelemahan setiap paradigma ilmu kewartawanan di samping pandangan-pandangan yang berbeza akan model kewartawanan yang ideal. Ini penting untuk mengenalpasti kekurangan sedia ada dalam usaha membentuk model pemberitaan yang bersesuaian dengan masyarakat Malaysia. Rumusan kepada hasil analisis ini mendapati nilai-nilai murni yang cuba diketengahkan oleh mana-mana ajaran agama sebenarnya adalah sama iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan nilai-nilai ini sudah sedia ada dalam nilai-nilai berita yang menjadi asas kriteria kepada pemilihan sesuatu peristiwa. Justeru itu, taksonomi nilai-nilai berita yang mula dieksplorasi oleh Galtung dan Ruge (1965) wajar dijadikan sebagai asas permulaan kepada pencarian model kewartawanan yang baharu.