Peranan khidmat sumber luar (outsourcing) dalam amalan mcdonaldisasi di sektor perhotelan

McDonaldisasi ialah satu prinsip yang diadaptasi dari restoran makanan segera yang bertunjangkan kepada empat dimensi iaitu kecekapan, kebolehkiraan, kebolehramalan dan kawalan. Secara asasnya prinsip ini dilihat sangat cekap dan merupakan satu amalan rasional yang boleh dipraktikkan. Pengasas Teori...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurshakinah Ibrahim, Dzurizah Ibrahim
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30417/1/Peranan%20khidmat%20sumber%20luar%20%28outsourcing%29%20dalam%20amalan%20mcdonaldisasi%20di%20sektor%20perhotelan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30417/2/Peranan%20khidmat%20sumber%20luar%20%28outsourcing%29%20dalam%20amalan%20mcdonaldisasi%20di%20sektor%20perhotelan1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30417/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/3251
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:McDonaldisasi ialah satu prinsip yang diadaptasi dari restoran makanan segera yang bertunjangkan kepada empat dimensi iaitu kecekapan, kebolehkiraan, kebolehramalan dan kawalan. Secara asasnya prinsip ini dilihat sangat cekap dan merupakan satu amalan rasional yang boleh dipraktikkan. Pengasas Teori McDonaldisasi iaitu George Ritzer, melihat prinsip tersebut juga wujud dalam pelbagai sektor, termasuklah dalam sektor perhotelan. Terdapat banyak ciri dalam sektor perhotelan yang membawa kepada aspek McDonaldisasi. Ini termasuklah penggunaan khidmat sumber luar atau outsourcing dalam operasi hotel. Kebanyakan hotel menggunakan khidmat sumber luar bagi tugas-tugas pembersihan bilik (housekeeping) dan penyediaan makanan dan minuman. Bagi dimensi kecekapan dan kebolehkiraan dalam Teori McDonaldisasi, khidmat sumber luar ini mampu menjadikan tugas pembersihan bilik dilakukan dengan lebih cekap, berkualiti dan menjimatkan kos. Malah penggunaan khidmat secara penyumber luaran tersebut dapat menghindar daripada isu McJobs serta isu kadar pusing ganti kerja yang tinggi dalam sektor perhotelan. Walau bagaimanapun, penggunaan khidmat sumber luar ini menyebabkan kurangnya kuasa kawalan terhadap operasi dan pekerja oleh pihak pengurusan hotel. Maka hal ini dilihat seakan bertentangan dengan dimensi kawalan dalam Teori McDonaldisasi yang memiliki aspek kawalan yang rigid terhadap operasi dan pekerja. Malah perkara tersebut menimbulkan persoalan tentang kerelevanan Teori McDonaldisasi dalam konteks sektor perhotelan. Justeru, makalah ini akan membahaskan pengamalan khidmat sumber luar terhadap Teori McDonaldisasi dalam konteks sektor perhotelan. Di samping itu, makalah ini juga akan membahaskan konsep velvet cage, rubber cage atau iron cage. Perbahasan ini diharapkan mampu menghuraikan Teori McDonaldisasi dalam konteks perhotelan dengan lebih jelas berdasarkan aspek penyumber luaran (outsourcing).