Keputusan Kerusi Parlimen Negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke-14, 2018: satu analisis

Artikel ini membincangkan keputusan kerusi parlimen negeri Sabah dalam PRU 14, yang diadakan pada 9 Mei 2018. Kenapa terdapat perbezaan yang besar dalam keputusan pilihan raya umum ke-14 ini berbanding dengan keputusan pilihan raya umum sebelum ini. Keputusan PRU ke-14 di peringkat parlimen Sabah ad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Noor Mat Yazid
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Secholian Publication PLT 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30381/1/Keputusan%20Kerusi%20Parlimen%20Negeri%20Sabah%20dalam%20Pilihan%20Raya%20Umum%20ke-14%2C%202018%20Satu%20Analisis%20FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30381/2/Keputusan%20Kerusi%20Parlimen%20Negeri%20Sabah%20dalam%20Pilihan%20Raya%20Umum%20ke-14%2C%202018_%20Satu%20Analisis%20ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30381/
https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/384/274
https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i4.384
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membincangkan keputusan kerusi parlimen negeri Sabah dalam PRU 14, yang diadakan pada 9 Mei 2018. Kenapa terdapat perbezaan yang besar dalam keputusan pilihan raya umum ke-14 ini berbanding dengan keputusan pilihan raya umum sebelum ini. Keputusan PRU ke-14 di peringkat parlimen Sabah adalah berbeza dengan apa yang berlaku dalam pilihan raya sebelumnya; iaitu penguasaan BN yang merosot di peringkat parlimen Sabah. Perubahan besar telah berlaku dalam PRU ke-14, 9 Mei 2018 di mana parti-parti politik komponen BN telah mengalami kemerosotan besar dalam parlimen Sabah. Daripada jumlah keseluruhan 25 kerusi parlimen seluruh negeri Sabah, BN hanya berjaya mendapat sepuluh kerusi parlimen sahaja. Selebihnya adalah dimenangi oleh parti-parti politik yang bekerjasama dengan Pakatan Harapan iaitu Parti Warisan Sabah (8 kerusi), PKR (3 kerusi) dan DAP (3 kerusi). Ini adalah pertama kali BN mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum Sabah. Kajian ini mendapati bahawa isu-isu berkaitan dengan masalah ekonomi negara, dasar ekonomi dan percukaian yang menekan rakyat, kenaikan harga barang serta kenaikan kos hidup, rasuah dikalangan pimpinan tertinggi BN, harga petrol yang mahal telah membawa kepada perubahan besar sokongan pengundi Sabah menolak BN. Semua persoalan ini disokong oleh perubahan dan kecanggihan teknologi komunikasi yang memudahkan berlakunya penyebaran secara meluas kepada seluruh peringkat pengundi. Oleh itu dapat dikatakan bahawa tekonologi komunikasi moden ini mempunyai pengaruh besar kepada keputusan pengundi Sabah.