Jalurut dan tapai: warisan kuih tradisional etnik Brunei Di Sabah sebagai suatu ikon

Kepelbagaian etnik di Negeri Sabah mencerminkan kepelbagaian budaya dan adat resam yang berbeza sehingga menjadikan Negeri Sabah terkenal unik dari segi bahasa, makanan, pakaian, dan seumpamanya. Dalam kajian ini, etnik Brunei dikenal pasti sebagai terkenal dengan pelbagai kuih-muih tradisional yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Surayah Hj Bungsu, Humin Jusilin, Musnin Misdih
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30301/1/Jalurut%20dan%20tapai%2C%20warisan%20kuih%20tradisional%20etnik%20Brunei%20Di%20Sabah%20sebagai%20suatu%20ikon-%20Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30301/2/Jalurut%20Dan%20Tapai%2C%20Warisan%20Kuih%20Tradisional%20Etnik%20Brunei%20Di%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30301/
https://www.researchgate.net/profile/Oscar-Wong-13/publication/339375906_PROSIDING_SEMINAR_KEBANGSAAN_PASCASISWAZAH_SAINS_SOSIAL_DAN_KEMANUSIAAN/links/5e4e3e78a6fdccd965b402e0/PROSIDING-SEMINAR-KEBANGSAAN-PASCASISWAZAH-SAINS-SOSIAL-DAN-KEMANUSIAAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepelbagaian etnik di Negeri Sabah mencerminkan kepelbagaian budaya dan adat resam yang berbeza sehingga menjadikan Negeri Sabah terkenal unik dari segi bahasa, makanan, pakaian, dan seumpamanya. Dalam kajian ini, etnik Brunei dikenal pasti sebagai terkenal dengan pelbagai kuih-muih tradisional yang datang dalam pelbagai bentuk, rupa, warna dan rasa yang diwarisi secara turun-temurun. Walau bagaimanapun, kepelbagaian jenis kuih tradisional Brunei menampilkan persamaan dengan budaya lain di Sabah. Persamaan ini adalah akibat asimilasi budaya dengan etnik lain yang menyukarkan kita untuk menentukan siapa sebenarnya pemilik budaya dan tradisi ini. Persamaan budaya ini melibatkan bahan dan cara pembuatan kuih-muih yang amat berkait rapat dengan upacara adat seperti keramaian, kenduri-kendara, perkahwinan, kelahiran atau kematian. Kajian ini dijalankan untuk menyingkap keunikan dan identiti budaya dalam kuih-muih tradisional sehingga ia menjadi ikon dan identiti kehidupan etnik Brunei di Sabah. Selanjutnya membincangkan rupa, bentuk dan fungsi estetika yang diwarisi secara turun-temurun. Keunikan kuih tradisi dalam konteks budaya etnik Brunei adalah pancaran pemikiran yang kreatif, menjelaskan jati diri dan identiti budaya mereka. Kajian ini melibatkan dua buah perkampungan etnik Brunei iaitu di Kampung Weston dan Kampung Lubuk yang terletak di daerah Beaufort, Sabah. Data-data penyelidikan dianalisis dengan menggunakan pendekatan Feldman (1967) yang mencadangkan empat tahap yang sistematik iaitu tahap deskripsi, analisis formal, interpretasi dan penilaian. Setiap elemen yang dibincangkan dapat menjelaskan teknik pembuatan, bahan, rupa, bentuk dan bagaimana kuih-muih tradisi menjadi ikon dalam konteks adat dan budaya etnik Brunei di Daerah Beaufort. Kajian yang bersifat kualitatif ini menggunakan data-data kajian daripada lapangan melalui kaedah seperti temu bual, pemerhatian dan penglibatan turut serta oleh pengkaji. Informan yang terlibat dipilih berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam pembuatan kuih-muih tradisional serta kearifan mereka tentang adat dan upacara budaya etnik Brunei. Kajian ini mendapati bahawa kewujudan kuih-muih tradisional yang diwarisi oleh etnik Brunei memaparkan ikon, jati diri, adat dan nilai estetika yang menjelaskan khazanah yang perlu dipelihara.