Pemupukan kemahiran kepemimpinan melalui projek berasaskan kumpulan

Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu kaedah berpusatkan pelajar yang dapat melatih kemahiran abad ke-21. Kemahiran kepimpinan dengan berfokuskan komunikasi dan kerjasama berpasukan merupakan antara kemahiran yang boleh diterapkan dan diperoleh melalui pembelajaran berasaskan projek. Ketiga-...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Ain Zulhaimi, Romzi Ationg, Irma Wani Othman, Anna Lynn Abu Bakar, Nurulasyikin Muda, Mohd Sohaimi Esa, Saifulazry Mokhtar
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Global Academic Excellence 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30270/1/Pemupukan%20kemahiran%20kepemimpinan%20melalui%20projek%20berasaskan%20kumpulan%20ABSTRAK.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30270/2/Pemupukan%20kemahiran%20kepemimpinan%20melalui%20projek%20berasaskan%20kumpulan%20FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30270/
http://www.jised.com/PDF/JISED-2021-38-06-11.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu kaedah berpusatkan pelajar yang dapat melatih kemahiran abad ke-21. Kemahiran kepimpinan dengan berfokuskan komunikasi dan kerjasama berpasukan merupakan antara kemahiran yang boleh diterapkan dan diperoleh melalui pembelajaran berasaskan projek. Ketiga-tiga nilai yang saling berkait ini merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar di peringkat pengajian tinggi sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pekerjaan dan berbakti dengan masyarakat. Pembelajaran berasaskan projek di peringkat universiti bukan sahaja dapat memberi impak yang positif kepada pencapaian kecemerlangan akademik semata-mata, malahan dapat membentuk kemahiran-kemahiran insaniah yang bakal digunakan dalam kehidupan. Makalah ini merupakan tinjauan awal membincangkan bagaimana pembelajaran berasaskan projek dapat menggarap nilai kepimpinan dengan berfokuskan komunikasi dan kerjasama berpasukan dalam kursus alam sekitar. Kajian dijalankan melalui pemerhatian penyelidik bermula minggu pertama dan refleksi yang diberikan oleh pelajar apabila berakhirnya projek. Refleksi juga dinilai dari sudut pandang ketua kumpulan dan ahli kumpulan. Hasil kajian mendapati pembelajaran berasaskan projek dapat menerapkan nilai-nilai tersebut dan perlu diteruskan dalam kursus-kursus lain supaya pelajar lebih bertanggungjawab dalam setiap keputusan dan tindakan mereka.