Aspek-aspek persembahan tarian rakyat, tarian istana dan tarian tradisional Surakarta, Indonesia

Istilah tarian rakyat, menurut Redfield (1956) perlu berdasarkan konsep ‘tradisi-besar’ dan ‘tradisi kecil’. Jenis tarian yang termasuk dalam kategori tradisi besar ialah tarian-tarian yang dipelihara dan dikembangkan dalam lingkungan istana (tarian istana), sedangkan tradisi kecil adalah tarian-tar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sri Ningsih Sukirman
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30244/1/Aspek-aspek%20persembahan%20tarian%20rakyat%2C%20tarian%20istana%20dan%20tarian%20tradisional%20Surakarta%2C%20Indonesia-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30244/2/Aspek-Aspek%20Persembahan%20Tarian%20Rakyat%2C%20Tarian%20Istana%20Dan%20Tarian%20Tradisional.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30244/
https://www.researchgate.net/profile/Oscar-Wong-13/publication/339375906_PROSIDING_SEMINAR_KEBANGSAAN_PASCASISWAZAH_SAINS_SOSIAL_DAN_KEMANUSIAAN/links/5e4e3e78a6fdccd965b402e0/PROSIDING-SEMINAR-KEBANGSAAN-PASCASISWAZAH-SAINS-SOSIAL-DAN-KEMANUSIAAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Istilah tarian rakyat, menurut Redfield (1956) perlu berdasarkan konsep ‘tradisi-besar’ dan ‘tradisi kecil’. Jenis tarian yang termasuk dalam kategori tradisi besar ialah tarian-tarian yang dipelihara dan dikembangkan dalam lingkungan istana (tarian istana), sedangkan tradisi kecil adalah tarian-tarian yang tersebar dalam kalangan rakyat (tarian rakyat). Bagi Redfield (1956), ciri-ciri persembahan tarian istana adalah lebih halus berbanding dengan tarian rakyat. Hal ini disebabkan tarian rakyat berasal daripada rakyat jelata yang darjatnya lebih rendah daripada pendukung tarian di istana. Tari tradisional merupakan jenis tarian yang ada sejak lama dan diwariskan secara turun-temurun, dari generasi satu ke generasi berikutnya. Menurut Yayat Nursantara (2007) secara umum tarian tradisional mengandungi nilai falsafah, simbolik dan kepercayaan.Tarian tradisional mempunyai lambang-lambang tertentu berdasarkan sejarah penciptaannya. Sebagai contoh, simbol pergerakan orang mencanting batik, cara orang membuat tenunan dan cara orang menanam padi di sawah. Tarian yang dicipta berdasarkan mencanting batik diberi tajuk tarian Batik; berdasarkan aktiviti menenun disebut tarian Tenun dan tarian yang melakukan aktiviti di sawah padi bertajuk Bondan Tani (Yayat Nursantara, 2007). Selain itu, tariantradisional juga mengandungi erti kepercayaan. Tarian ini mempunyai pergerakan yang berkait dengan upacara magik dan suci, untuk tujuan mendatangkan hujan, mengalahkan musuh, berburu binatang, kelahiran, perkahwinan, kematian dan sebagainya. Sebuah karya seni selalu bertujuan untuk menyampaikan sesuatu pesanan kepada penonton atau penghayat, yang memiliki unsur-unsur kesopanan, idea, pemikiran, gagasan politik ataupun ajaran keagamaan. Pesanan yang ingin disampaikan ini tidak perlu mengandungi rumusan ilmiah, tetapi merupakan suatu pesanan yang bertujuan untuk mendidik, dan hal ini dapat mempengaruhi perilaku manusia. Dari satu segi, tarian adalah pengalaman hidup manusia yang melalui media utama adalah pergerakan tubuh badan manusia dan reaksinya terhadap alam sekitar. Tarian dapat dilihat sebagai bentuk seni persembahan. Jika tarian dilihat daripada segi persembahan, maka tarian mempunyai tujuan persembahan yang indah, hiburan, terapi dan projek dalam bidang artistik.