Ancaman kidnapping for ransom (KFR) di Pantai Timur, Sabah: 2000-2018

Semenjak pembentukan Persekutuan Malaysia, negara berhadapan dengan pelbagai ancaman keselamatan berbentuk tradisional seperti ancaman tuntutan Filipina ke atas Sabah dan Konfrontasi Indonesia. Namun, sejajar dengan perubahan masa, ancaman keselamatan tradisional sudah tidak lagi menonjol sebaliknya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rashid Abdul Hamid, Ramli Dollah
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30242/1/Ancaman%20kidnapping%20for%20ransom%20%28KFR%29%20di%20Pantai%20Timur%2C%20Sabah%20%202000-2018%20-%20Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30242/2/ANCAMAN%20KIDNAPPING%20FOR%20RANSOM%20%28KFR%29%20DI%20PANTAI%20TIMUR%2C.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30242/
https://www.researchgate.net/profile/Oscar-Wong-13/publication/339375906_PROSIDING_SEMINAR_KEBANGSAAN_PASCASISWAZAH_SAINS_SOSIAL_DAN_KEMANUSIAAN/links/5e4e3e78a6fdccd965b402e0/PROSIDING-SEMINAR-KEBANGSAAN-PASCASISWAZAH-SAINS-SOSIAL-DAN-KEMANUSIAAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Semenjak pembentukan Persekutuan Malaysia, negara berhadapan dengan pelbagai ancaman keselamatan berbentuk tradisional seperti ancaman tuntutan Filipina ke atas Sabah dan Konfrontasi Indonesia. Namun, sejajar dengan perubahan masa, ancaman keselamatan tradisional sudah tidak lagi menonjol sebaliknya ancaman non-tradisional semakin mendapat tempat dalam perbincangan keselamatan nasional di Malaysia. Sabah yang terletak di wilayah timur Malaysia merupakan salah satu negeri yang banyak berhadapan dengan ancaman keselamatan non-tradisional khususnya ancaman jenayah rentas sempadan dan antaranya adalah “Kidnapping for Ransom’ (KFR). Kedudukan wilayah Pantai Timur Sabah sering terdedah kepada ancaman jenayah rentas sempadan khususnya di persempadanan maritim negeri. Pada masa yang sama, pergolakan yang berlaku di wilayah selatan negara jiran, Filipina merumitkan lagi usaha kerajaan Malaysia melaksanakan penguatkuasaan dasar keselamatan yang benar-benar berkesan bagi mengekang kemasukan anasir luar yang mengganggu-gugat keselamatan serta ketenteraman negeri Sabah. Dalam menelusuri perkembangan ancaman KFR yang berlaku di negeri Sabah semenjak tahun 2000, perbincangan di dalam makalah ini akan memfokuskan kepada beberapa isu utama iaitu pertama, individu atau kumpulan yang menjadi dalang; kedua, faktor berlakunya ancaman KFR; ketiga, modus operandi kumpulan KFR dan akhir sekali perbincangan ini turut menghuraikan statistik insiden KFR sepanjang tahun 2000 sehingga tahun 2018. Artikel ini berhujah bahawa konflik yang berlaku di negara jiran Filipina serta perkembangan ekonomi negeri Sabah merupakan indikasi utama yang menyebabkan Sabah terus berhadapan dengan ancaman KFR sehingga ke hari ini. Bagi menyiapkan makalah ini, penulis menggunakan metode penyelidikan kualitatif dengan pemerolehan data melalui teknik temu bual, kajian lapangan serta kajian perpustakaan yang turut di sokong oleh dokumen-dokumen rasmi dari daripada kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.