Hubungan tahap pengetahuan mengenai covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) terhadap memutuskan rantaian jangkitan covid-19 dalam kalangan anggota Sains Kesihatan Bersekutu

Penjagaan kesihatan merupakan agenda utama kerajaan terutamanya dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan satu krisis wabak global yang kritikal iaitu penularan COVID-19 gelombang ketiga. Sabah merupakan negeri yang begitu banyak melaporkan kes jangkitan harian sehingga mencapai 600 kes aktif se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Baidi Baddiri, Mohd Khairuddin Abdullah @Jerry Abdullah
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30175/2/Hubungan%20tahap%20pengetahuan%20mengenai%20COVID-19%20dan%20pelaksanaan%20Perintah%20Kawalan%20Pergerakan%20%28PKP%29.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30175/3/Hubungan%20tahap%20pengetahuan%20mengenai%20covid-19%20dan%20pelaksanaan%20perintah%20kawalan%20pergerakan%20%28PKP%29%20-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30175/
http://www.ijepc.com/PDF/IJEPC-2021-38-03-16.pdf
https://doi.org/10.35631/IJEPC.6380016.
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penjagaan kesihatan merupakan agenda utama kerajaan terutamanya dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan satu krisis wabak global yang kritikal iaitu penularan COVID-19 gelombang ketiga. Sabah merupakan negeri yang begitu banyak melaporkan kes jangkitan harian sehingga mencapai 600 kes aktif setiap hari. Oleh yang demikian, penekanan terhadap tahap pengetahuan merupakan aspek yang penting dalam mengekang penularan COVID-19. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi mengetahui apakah tahap pengetahuan mengenai COVID-19 dan Perintah Kawalam Pergerakan (PKP) serta mengenalpasti hubungannya dalam memutuskan rantaian COVID-19 dalam kalangan warga ILKKM KK. Kajian ini mengaplikasikan metodologi kajian secara kuantitatif iaitu tinjauan melalui soal selidik, manakala kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak convenient dengan responden seramai 267 orang yang terdiri dari warga ILKKM KK. Analisis penilaian instrumen dan kaedah persampelan juga dibincangkan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan pesakit mengenai COVID-19 berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min=3.902, SP=0.423. Walau bagaimanapun, tahap pengetahuan mengenai PKP berada pada tahap sederhana dengan nilai min=3.631, SP=0.323. Manakala, analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat di antara tahap pengetahuan mengenai COVID-19 dengan tahap pengetahuan mengenai PKP dengan nilai korelasi r = 0.79, p> 0.05. Justeru, hasil analisis ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat di antara variabel tahap pengetahuan mengenai COVID-19 dengan PKP dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 terutamanya dalam kalangan warga ILKKM KK.