Al-Bid'ah Al-I'tiqadiyyah: Faktor Kemunculannya dalam Masyarakat Melayu dan Ruang Dakwah yang Masih Terbuka

Bid’ah al-I’tiqadiyyah juga dikenali sebagai bid’ah dari aspek akidah. Kewujudan kepercayaan dan amalan al-Bid’ah al-I’tiqadiyyah dalam sesebuah masyarakat merupakan satu manifestasi pertentangan antara kemunduran dan kemajuan sesebuah tamadun. Sebagai contoh dalam masyarakat Melayu, apabila keperca...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fadzli Adam, Firdaus Khairi Abdul Kadi, Abd Hakim Mohad
Format: Book Chapter
Language:English
English
Published: Penerbit UKM 2014
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29692/1/Al-Bid%27ah%20Al-I%27tiqadiyyah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29692/3/Al-Bid%27ah%20Al-I%27tiqadiyyah%20abs.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29692/
http://www.ukm.my/rsde/wp-content/uploads/2014/11/18-Dakwah_Bidah_Dakwahetnhnicity.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Bid’ah al-I’tiqadiyyah juga dikenali sebagai bid’ah dari aspek akidah. Kewujudan kepercayaan dan amalan al-Bid’ah al-I’tiqadiyyah dalam sesebuah masyarakat merupakan satu manifestasi pertentangan antara kemunduran dan kemajuan sesebuah tamadun. Sebagai contoh dalam masyarakat Melayu, apabila kepercayaan dan amalan seperti ini muncul menyebabkan kemajuan sebenar umat Islam sukar direalisasikan. Bid’ah dalam aspek ini memberi kesan terhadap akidah umat Islam, kesan tersebut ialah kemunculan murtad tanpa disedari. Kepercayaan dan amalan yang berkait dengan al-Bid’ah al-I’tiqadiyyah ialah budaya khurafat yang muncul dari aspek perbomohan, telekan, tangkal azimat dan sebagainya. Kesemuanya ini merupakan kepercayaan dan amalan syirik yang dikategorikan sebagai bid’ah dalam aspek akidah. Kertas kerja ini meninjau tentang punca kemunculan amalan bid’ah dalam aspek akidah yang wujud dalam masyarakat Melayu; dan usaha dakwah intra agama yang boleh dilakukan dalam usaha memurnikan akidah umat Islam. Kajian yang dilakukan menerusi pendekatan kualitatif ini telah menemubual beberapa informan utama dalam bidang agama dan kemasyarakatan. Dalam pada itu, kajian ini turut disokong dengan analisa kandungan menerusi kajian perpustakaan dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa ruang dakwah ini begitu besar dan perlu diisi segera bagi memantapkan pembangunan duniawi dan ukhrawi umat Islam di rantau ini.