Budaya dan pemikiran dalam masyarakat global: Malaysia dan Cina

Persoalan berhubung dengan identiti budaya sudah acapkali disajikan kepada umum namun wacana berhubung terminologi ini amat menarik untuk dikaji dan dibicarakan kerana ia mempunyai afiliasi rapat dengan pelbagai aspek kehidupan manusia. Justeru, dalam karya ini saya berusaha untuk memaparkan pengaru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Halina Sendera Mohd. Yakin
Format: Book
Language:English
Published: Dewan Bahasa dan Pustaka 2006
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29476/1/Budaya%20dan%20pemikiran%20dalam%20masyarakat%20global%2C%20Malaysia%20dan%20Cina-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29476/
https://books.google.com.my/books/about/Budaya_dan_pemikiran_dalam_masyarakat_gl.html?id=136gGAAACAAJ&redir_esc=y
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Persoalan berhubung dengan identiti budaya sudah acapkali disajikan kepada umum namun wacana berhubung terminologi ini amat menarik untuk dikaji dan dibicarakan kerana ia mempunyai afiliasi rapat dengan pelbagai aspek kehidupan manusia. Justeru, dalam karya ini saya berusaha untuk memaparkan pengaruh Islam dalam transformasi identiti budaya masyarakat Palau? di Pantai Timur Sabah. Di samping itu, saya juga berkeinginan untuk menyerlahkan warisan budaya kelompok etnik Palau? yang dilatari dan dicirikan dengan keunikan budaya tersendiri yang jarang dapat dialami dan ditontoni dalam kehidupan masyarakat kontemporer. Satu ciri budaya yang menarik untuk dikongsi dan diwacanakan tentang masyarakat ini ialah corak kehidupan mereka yang masih mendiami perahu dan juga beberapa ciri budaya yang masih diamalkan sejak zaman berzaman khususnya yang berkaitan dengan kepercayaan animisme. Namun begitu, ciri-ciri budaya tersebut semakin terhakis seiring dengan perubahan masa dan ditransformasikan kepada satu budaya baru untuk diadaptasikan dengan persekitaran setempat. Hasil daripada tinjauan awal kajian melalui kaedah pengamatan turut serta, temubual mendalam dan temubual kumpulan fokus yang dijalankan di daerah Semporna, Sabah serta sorotan literatur yang telah dianalisis, saya mendapati bahawa Islam adalah salah satu faktor penyumbang yang besar terhadap senario tersebut. Justeru, karya ini akan menyusurgalur sejarah kemunculan Islam dalam kehidupan masyarakat Palau? di samping memperlihatkan transformasi dalam identiti budaya masyarakat Palau? sebelum dan selepas penganutan agama Islam.