Persediaan awal latihan guru Bahasa Kadazandusun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (2011 – 2014)

Program Latihan guru Bahasa Kadazandusun (BKD) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bermula apabila seramai 20 orang pelajar PPISMP BKD ambilan pertama mendaftar pada 25 Jun 2012 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent. Kumpulan ini mengikuti kursus persediaan selama tiga semester sebel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah, Bilcher Bala, Wong, Jane Kon Ling
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29418/1/Persediaan%20awal%20latihan%20guru%20Bahasa%20Kadazandusun%20di%20Institut%20Pendidikan%20Guru%20Malaysia%20%282011%20%E2%80%93%202014%29.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29418/2/Persediaan%20awal%20latihan%20guru%20Bahasa%20Kadazandusun%20di%20Institut%20Pendidikan%20Guru%20Malaysia%20%282011%20%E2%80%93%202014%291.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29418/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/3603
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program Latihan guru Bahasa Kadazandusun (BKD) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bermula apabila seramai 20 orang pelajar PPISMP BKD ambilan pertama mendaftar pada 25 Jun 2012 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent. Kumpulan ini mengikuti kursus persediaan selama tiga semester sebelum meneruskan pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama 8 semester. Banyak persediaan awal telah dilakukan oleh IPGM khususnya IPG Kampus Kent selaku perintis kepada penawaran latihan guru melalui PPISMP BKD. Kajian ini bertujuan untuk meneliti persediaan utama yang telah dilakukan oleh IPG Kampus Kent sebelum menerima pelajar PPISMP BKD. Kajian ini juga mengenalpasti pensyarah dan pelajar perintis yang terlibat dalam latihan guru BKD serta senarai kursus yang ditawarkan dalam kurikulum PPISMP dan PISMP BKD. Kajian ini dilakukan menggunakan pendekatan sejarah naratif dengan hampir keseluruhan perbincangan adalah dalam bentuk kronologi. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah mengumpul sumber-sumber primer seperti minit mesyuarat, kertas cadangan dan kertas kerja, dokumen perjanjian, laporan, surat menyurat dan keratan akhbar bekaitan serta temu bual dengan individu yang terlibat langsung dengan persediaan awal latihan guru BKD. Kajian mendapati terdapat dua persediaan awal yang telah dilakukan sebelum penawaran PPISMP BKD iaitu persediaan tenaga pengajar dan penggubalan Pro Forma iaitu kurikulum BKD. Dapatan kajian juga memperlihatkan bahawa semua pensyarah dan pelajar perintis BKD adalah penutur jati pelbagai dialek Kadazan Dusun dari pelbagai daerah di negeri Sabah.