Impak aktiviti pelancongan ke atas komuniti setempat: tinjauan literatur

Penulisan artikel ini adalah berasaskan tinjauan literatur dalam membincangkan isu impak aktiviti pelancongan yang dijalankan oleh pengusaha-pengusaha pelancongan dari luar tetapi beroperasi dalam kawasan pelancongan yang berhampiran dengan kampung atau penempatan komuniti setempat di Malaysia. Akti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jessica James, Rosazman Hussin
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29367/1/Impak%20aktiviti%20pelancongan%20ke%20atas%20komuniti%20setempat.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29367/2/Impak%20aktiviti%20pelancongan%20ke%20atas%20komuniti%20setempat1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/29367/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/3612
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penulisan artikel ini adalah berasaskan tinjauan literatur dalam membincangkan isu impak aktiviti pelancongan yang dijalankan oleh pengusaha-pengusaha pelancongan dari luar tetapi beroperasi dalam kawasan pelancongan yang berhampiran dengan kampung atau penempatan komuniti setempat di Malaysia. Aktiviti pelancongan tersebut dalam situasi tertentu memberi impak ke atas ahli komuniti setempat secara langsung samada sebagai pengusaha ataupun pekerja. Penulisan artikel ini cuba untuk memahami isu impak pelancongan ke atas komuniti setempat samada dari aspek ekonomi, sosial, budaya, serta alam sekitar berdasarkan sumber data tinjauan lietratur. Pada masa ini, dapat dilihat ‘trend’ pembangunan sektor dan aktiviti pelancongan semakin meningkat di kawasan bandar serta luar bandar. Keadaan ini telah memberi impak jelas samada positif mahupun negatif terhadap komuniti berhampiran atau dalam kawasan pelancongan tersebut. Kaedah kutipan data artikel ini adalah berasaskan data sekunder yang diperoleh melalui artikel jurnal, sumber atas talian (internet), kertas kerja persidangan dan tesis. Hasil kajian literatur ini menunjukan bahawa perkembangan pesat pelancongan di Malaysia terutama sebelum fasa Perentah Kawalan Pergerakan Covid 19 memberi kesan positif yang lebih ketara berbanding kesan negatif ke atas komuniti setempat. Ini kerana ramai ahli komuniti setempat samada di bandar dan di luar bandar menyedari bahawa pelancongan merupakan aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan dan meningkatkan kualiti taraf hidup mereka.