Konsep integrasi etnik dari perspektif pembangunan berteraskan Islam di Malaysia

Makalah ini bertujuan mengenal pasti konsep integrasi etnik dari perspektif pembangunan berteraskan Islam dengan merujuk keadaan semasa di Malaysia. Integrasi etnik ini menjadi salah satu aspek penting dalam agenda global dan tempatan khususnya di Malaysia dalam menyampaikan mesej keamanan bagi selu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abang Mohd Razif Abang Muiz, Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Budi Anto Mohd Tamring, Jais Abdul Hamid, Saifulazry Mokhtar, Irma Wani Othman
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd (GAE) 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27616/1/Konsep%20integrasi%20etnik%20dari%20perspektif%20pembangunan%20berteraskan%20Islam%20di%20Malaysia%20FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27616/2/Konsep%20integrasi%20etnik%20dari%20perspektif%20pembangunan%20berteraskan%20Islam%20di%20Malaysia%20ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27616/
http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2021-23-04-07.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini bertujuan mengenal pasti konsep integrasi etnik dari perspektif pembangunan berteraskan Islam dengan merujuk keadaan semasa di Malaysia. Integrasi etnik ini menjadi salah satu aspek penting dalam agenda global dan tempatan khususnya di Malaysia dalam menyampaikan mesej keamanan bagi seluruh umat manusia. Pengenalpastian konsep integrasi etnik dari perspektif pembangunan berteraskan Islam ini dapat dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu tasawur, prinsip-prinsip dan matlamatnya. Perspektif pembangunan berteraskan Islam dilihat meletakkan sesuatu aspek pembangunan menyeluruh yang bertunjangkan ketauhidan kepada Allah SWT, berlandaskan tasawur Islam dan bersumberkan epistemologi Islam. Pembangunan berteraskan Islam berbeza daripada pembangunan konvensional Barat kerana pembangunan berteraskan Islam menyatupadukan kedua-dua aspek jasmani atau material dan aspek rohani atau spiritual dalam semua kegiatan pembangunan. Dalam konteks makalah ini, integrasi masyarakat khususnya yang terdiri daripada pelbagai rasa dan etnik menjadi agenda penting dalam menyampaikan mesej perpaduan dan kedamaian bagi umat manusia khususnya di Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang etnik. Oleh demikian, makalah ini cuba menggambarkan bagaimana Islam menekankan nilai wasatiyyah dan kepentingan integrasi khususnya antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam khususnya di Malaysia dalam pelbagai aspek kehidupan mereka termasuklah dalam aspek pembangunan.