Teknik penyuntingan dan kesannya terhadap emosi audiens dalam filem aksi terpilih Malaysia

Kajian ini memfokuskan kepada adegan-adegan aksi jalanan bermotor dengan membuat penelitian terhadap kesesuaian teknik-teknik suntingan filem aksi jalanan terpilih. Analisis dilakukan dengan membincangkan secara terperinci adegan aksi jalanan yang wujud dalam filem tersebut. Kajian ini mengambil dua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosli Sareya, Zairul Anuar Md Dawam, Borhan Abdullah, Sharip Zainal bin Sagkif Shek, Muhamed Syafiq bin Salleh
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27181/1/Teknik%20penyuntingan%20dan%20kesannya%20terhadap%20emosi%20audiens%20dalam%20filem%20aksi%20terpilih%20Malaysia-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27181/2/Teknik%20penyuntingan%20dan%20kesannya%20terhadap%20emosi%20audiens%20dalam%20filem%20aksi%20terpilih%20Malaysia.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27181/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/2520
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memfokuskan kepada adegan-adegan aksi jalanan bermotor dengan membuat penelitian terhadap kesesuaian teknik-teknik suntingan filem aksi jalanan terpilih. Analisis dilakukan dengan membincangkan secara terperinci adegan aksi jalanan yang wujud dalam filem tersebut. Kajian ini mengambil dua buah filem aksi jalanan, iaitu KL Menjerit (2002) dan Evolusi KL Drift 2 (2010) sebagai kajian kes. Data diperoleh menerusi penontonan berterusan terhadap filem-filem aksi terpilih dengan melihat secara stop motion, iaitu meneliti frame by frame syot dalam setiap adegan aksi jalanan tersebut. Maklumat berkenaan teknik penyuntingan filem juga diperoleh menerusi temu ramah dengan pengarah dan penyunting filem-filem aksi jalanan tersebut. Selain itu, maklumat lain juga diperoleh daripada jurnal, buku, internet, bahan penerbitan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), majalah, akhbar dan kertas kerja daripada penyelidik-penyelidik terdahulu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua buah filem aksi tersebut disunting menggunakan teknik penyuntingan yang mampu melahirkan kesan dramatik. Namun, teknik penyuntingan parallel tidak digunakan oleh kedua-dua penyunting filem tersebut. Pengkaji turut mendapati bahawa elemen seperti cemas, teruja, kejutan, debaran dan bersemangat harus ada dalam membentuk sesebuah adegan aksi jalanan bagi menghasilkan kesan dramatik yang lebih berkualiti dan realistik. Menerusi kajian ini nanti, diharap para penyunting filem aksi jalanan khususnya dapat memahami dan seterusnya mengetahui penggunaan teknik-teknik penyuntingan mengikut kesesuaian pada sesebuah adegan aksi jalanan.