Peranan Protestant Church in Sabah (PCS) dalam perkembangan sosial masyarakat Rungus 1952-1993 di Kudat, Sabah

Gereja Basel di Sabah berada di bawah naungan Pusat Misi Basel di Switzerland. Namun, disebabkan masalah kewangan Pusat Misi Basel, gereja Basel di Sabah ditadbir sendiri tanpa melibatkan bantuan kewangan daripada luar. Nama Gereja Basel Borneo kemudiannya ditukar menjadi Christian Church of Basel M...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Clinson Mojijang, Maureen De Silva
Format: Article
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27165/1/Peranan%20Protestant%20Church%20in%20Sabah%20%28PCS%29%20dalam%20perkembangan%20sosial%20masyarakat%20Rungus%201952-1993%20di%20Kudat%2C%20Sabah-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27165/2/Peranan%20Protestant%20Church%20in%20Sabah%20%28PCS%29%20dalam%20perkembangan%20sosial%20masyarakat%20Rungus%201952-1993%20di%20Kudat%2C%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27165/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/2850
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Gereja Basel di Sabah berada di bawah naungan Pusat Misi Basel di Switzerland. Namun, disebabkan masalah kewangan Pusat Misi Basel, gereja Basel di Sabah ditadbir sendiri tanpa melibatkan bantuan kewangan daripada luar. Nama Gereja Basel Borneo kemudiannya ditukar menjadi Christian Church of Basel Malaysia (BCCM) pada tahun 1963. BCCM berperanan dalam mengembangkan agama Basel dalam kalangan masyarakat setempat, terutama etnik Rungus yang membawa kepada penubuhan Protestant Church in Sabah (PCS). Objektif makalah ini adalah untuk menganalisis peranan PCS sebagai institusi agama dalam pembangunan sosial masyarakat Rungus di Kudat dari tahun 1953 hingga 1993. Kajian ini dibuat berdasarkan sumber utama seperti dokumen, laporan tahunan dan surat khabar yang diperoleh dari Arkib Negeri Sabah. Catatan peribadi dan sumber lisan mubaligh juga digunakan untuk menganalisis pengaruh perubahan dalam perkembangan sosial yang dilakukan oleh PCS terhadap masyarakat Rungus. Kajian ini mendapati bahawa mubaligh PCS sangat signifikan dalam penyebaran agama Kristian kepada etnik Rungus di Kudat yang sebelumnya dilakukan oleh mubaligh Jerman dan Switzerland. Untuk memudahkan penyebaran agama Kristian, para mubaligh PCS bersama-sama dengan Misi Basel membawa pelbagai perubahan dalam bidang pendidikan dan kesihatan dalam kalangan etnik Rungus di Kudat.