Strategi kesejahteraan hidup: perspektif dalam kalangan gelandangan

Tujuan kajian ini adalah untuk memahami strategi yang diperoleh daripada golongan gelandangan dalam meningkatkan kesejahteraan hidup. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian kes instrumental (Stake, 1995). Seramai 10 orang daripada golongan gelandangan telah diambil sebagai responden kajian....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Faheem Mohd Dahlan, Muhammad Idris Bullare @ Bahari
Format: Article
Language:English
English
Published: Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27130/1/Strategi%20kesejahteraan%20hidup.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27130/2/Strategi%20kesejahteraan%20hidup1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27130/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk memahami strategi yang diperoleh daripada golongan gelandangan dalam meningkatkan kesejahteraan hidup. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian kes instrumental (Stake, 1995). Seramai 10 orang daripada golongan gelandangan telah diambil sebagai responden kajian. Data yang telah dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan analisis tematik. Sebanyak lima tema keseluruhan berkaitan dengan strategi yang dimiliki oleh golongan gelandangan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup. Tema strategi yang telah dibentuk ialah, (a) berfikiran positif, (b) komunikasi interpersonal, (c) hubungan sosial, (d) penetapan kendiri, dan (e) pengurusan rohani. Kajian ini membolehkan golongan gelandangan, institusi keluarga, pemegang taruh dan masyarakat dapat memahami bagaimana untuk membantu dalam meningkatkan kesejahteraan hidup terutamanya dalam kalangan gelandangan. Golongan ini juga ingin berdikari, menyumbang kepada masyarakat, justeru menghapuskan stigma terhadap golongan gelandangan. Kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran awal berkaitan dengan isu kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan. Implikasi dan cadangan turut dibincangkan di akhir penulisan ini untuk pengkaji di masa akan datang dapat menjalankan kajian dalam bidang psikologi khususnya subjek dalam kalangan gelandangan.