Pelaksanaan langkah keselamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

Artikel ini adalah berkaitan langkah-langkah keselamatan semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Pulau Gaya merupakan sebuah pulau yang terletak di kawasan bandar utama yang terbahagi kepada 6 perkampungan iaitu Kampung Pulau Gaya Asli, Kampung Lok U...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor-Ina Kanyo, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Jabil Mapjabil, Rosazman bin Hussin, Jalihah Md Shah, Suhailah Abdul Muin, Oliver Valentine Eboy, Budi Anto Mohd Tamring, Datu Razali bin Datu Eranza, Jashmaira Kipli, Nur Fitriaida Jamali, Rosdiana Betare
Format: Article
Language:English
English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26961/1/Pelaksanaan%20Langkah%20Keselamatan%20Perintah%20Kawalan%20Pergerakan%20%28PKP%29%20COVID-19%20di%20Pulau%20Gaya%2C%20Kota%20Kinabalu%2C%20Sabah%20ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26961/2/Pelaksanaan%20langkah%20keselamatan%20Perintah%20Kawalan%20Pergerakan%20%28PKP%29%20COVID-19%20di%20Pulau%20Gaya%2C%20Kota%20Kinabalu%2C%20Sabah%20FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26961/
http://www.iarjournal.com/wp-content/uploads/IARJ_SS_2021_7_1_1-14.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini adalah berkaitan langkah-langkah keselamatan semasa pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah. Pulau Gaya merupakan sebuah pulau yang terletak di kawasan bandar utama yang terbahagi kepada 6 perkampungan iaitu Kampung Pulau Gaya Asli, Kampung Lok Urai, Kampung Kesuapan, Kampung Pondoh, Kampung Lok Baru dan Kampung Lobong. Penularan wabak Covid-19 yang drastik sejak Disember 2019, hampir seluruh dunia terkesan daripada penyakit tersebut daripada pelbagai aspek iaitu dari segi ekonomi, sosial dan politik. Justeru itu, kerajaan Malaysia mengambil langkah bagi mengekang dan mengurangkan risiko penularan jangkitan yang berterusan kepada lebih ramai masyarakat, PKP dilaksanakan bermula pada 18 Mac 2020 dalam beberapa fasa. Langkah pelaksanaan PKP adalah dilihat sebagai satu tindakan yang baik dalam mengatasi penularan wabak ini. Dalam hal ini, pengkaji ingin melihat sendiri sejauhmana tanggungjawab pihak berwajib dan pelaksanaan PKP di kawasan Pulau Gaya khususnya dengan pendekatan kajian lapangan bagi mengedarkan borang soal selidik serta menemubual penduduk di Pulau Gaya. Objektif yang digariskan dalam kajian ini iaitu (i) menilai tindakan pihak bertanggungjawab terhadap pelaksanaan PKP di Pulau Gaya dan, (ii) mengkaji cadangan langkah penambahbaikan pelaksanaan PKP. Fokus penelitian kajian PKP di Pulau Gaya adalah pada fasa fasa I hingga fasa III sahaja kerana pada masa ini segala aktiviti ekonomi dan sosial adalah sangat terhad dan memberi kesan kepada pelbagai golongan masyakat secara keseluruhannya. Hasil penelitian kajian, membolehkan pelaksanaan PKP di kawasan Pulau Gaya dapat dikenalpasti dengan lebih mendalam.