Pelancongan gunung: suatu tinjauan konseptual dan pembangunannya di Malaysia

Pelancongan merupakan salah satu industri yang besar, pantas berkembang dan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak di serata dunia. Kini, banyak negara telah memajukan industri pelancongan sebagai sektor utama penjana pendapatan negara. Di Malaysia, industri pelancongan muncul pada akhir tahun 19...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Arnold Samih, Jabil Mapjabil
Format: Article
Language:English
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26827/1/Pelancongan%20gunung.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26827/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelancongan merupakan salah satu industri yang besar, pantas berkembang dan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak di serata dunia. Kini, banyak negara telah memajukan industri pelancongan sebagai sektor utama penjana pendapatan negara. Di Malaysia, industri pelancongan muncul pada akhir tahun 1960. Kerajaan Malaysia telah membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi beberapa objektif seperti meningkatkan pendapatan dalam pertukaran mata wang asing, meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat, menggalakkan pembangunan kawasan, mempelbagaikan ekonomi dan meningkatkan hasil kerajaan. Sehingga kini, sektor ini terus menjadi sumber utama tukaran mata wang asing negara. Pelancongan gunung ialah semua aktiviti pelancongan di kawasan pergunungan. Bentuk muka bumi tanah tinggi di kawasan pedalaman Malaysia menjadi faktor utama pembangunan pelancongan gunung negara. Aktiviti pelancongan gunung dapat meningkatkan status ekonomi dan sosial penduduk melalui penyediaan peluang pekerjaan dan pendapatan dalam sektor perkhidmatan, pengukuhan tradisi dan budaya pribumi serta menyediakan aktiviti rekreasi sepanjang tahun. Dalam konteks pelancongan gunung di Malaysia, isu pembangunan kawasan tanah tinggi sebagai kawasan pelancongan telah banyak dikaji. Walau bagaimanapun, istilah pelancongan gunung masih terlalu asing digunakan oleh mana-mana penyelidik tempatan. Sorotan konsep dan teoritikal ini diharap menjadi asas dan rujukan berguna untuk pengkajian lanjutan tentang pelbagai isu berkaitan pelancongan gunung di Malaysia.