Persepsi Masyarakat Tempatan Terhadap Pengurusan E-sisa oleh Syarikat Swasta di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Pengurusan e-sisa yang sistematik sepatutnya terintegrasi antara semua pemegang taruh seperti pihak kerajaan, pihak swasta, pihak nongovernmental organiz...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26561/1/Persepsi%20Masyarakat%20Tempatan%20Terhadap%20Pengurusan.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26561/2/Persepsi%20Masyarakat%20Tempatan%20Terhadap%20Pengurusan%20E-sisa%20oleh%20Syarikat%20Swasta%20di%20Bandaraya%20Kota%20Kinabalu%2C%20Sabah.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26561/ https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i10.516 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Pengurusan e-sisa yang sistematik sepatutnya terintegrasi antara semua pemegang taruh seperti pihak kerajaan, pihak swasta, pihak nongovernmental organization, sektor informal dan juga masyarakat tempatan. Namun di Sabah khususnya di Kota Kinabalu, peranan syarikat swasta merupakan antara pemegang taruh yang kurang jelas penglibatannya dalam pengurusan e-sisa. Oleh itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menilai persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama yang telah diedarkan kepada 400 responden yang terdiri daripada isi rumah. Analisis deskriptif seperti nilai purata skor digunakan untuk menganalisis data bagi menjawab objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat tempatan memberikan persepsi yang baik terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat memperlihatkan persepsi masyarakat tempatan terhadap pengurusan e-sisa yang dijalankan oleh syarikat swasta di bandaraya Kota Kinabalu. |
---|