Kesan penskalaan tinggi jaring terhadap prestasi panjang rali permainan badminton dalam kalangan kanak-kanak

Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penskalaan tinggi jaring terhadap prestasi panjang rali permainan badminton dalam kalangan kanak-kanak. Kajian menggunakan reka bentuk eksperimen untuk pengukuran berulang. Seramai 48 (N=48) kanak-kanak berumur tujuh hingga sembilan tahun dipilih secara rawak seba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Henry Kota Pirak, Mohamad Nizam Nazarudin, Pathmanathan K. Suppiah
Format: Article
Language:English
English
Published: GLOBAL ACADE GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHDMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26521/1/Kesan%20penskalaan%20tinggi%20jaring%20terhadap%20prestasi%20panjang%20rali%20permainan%20badminton%20dalam%20kalangan%20kanak-kanak.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26521/2/Kesan%20penskalaan%20tinggi%20jaring%20terhadap%20prestasi%20panjang%20rali%20permainan%20badminton%20dalam%20kalangan%20kanak-kanak1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26521/
https://doi.org/10.35631/IJEPC.5340019
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penskalaan tinggi jaring terhadap prestasi panjang rali permainan badminton dalam kalangan kanak-kanak. Kajian menggunakan reka bentuk eksperimen untuk pengukuran berulang. Seramai 48 (N=48) kanak-kanak berumur tujuh hingga sembilan tahun dipilih secara rawak sebagai peserta kajian. Peserta telah dibahagikan kepada 24 pasangan yang setara dari segi tahap kemahiran dan jantina (lelaki, n=12 pasangan, perempuan, n=12 pasangan). Semua peserta bermain secara berpasangan menggunakan empat situasi tinggi jaring yang berbeza iaitu situasi A (155 cm), situasi B (127.66 cm), situasi C (117.44 cm) dan situasi D (104.68 cm). Susunan perlawanan antara keempat-empat situasi dijalankan secara timbalbalik. Semua perlawanan dijalankan menggunakan sistem pertandingan perseorangan dengan kiraan 11 mata dengan dua set setiap situasi. Data prestasi panjang rali telah dikumpul menggunakan rakaman video. Data telah dianalisis menggunakan ujian ANOVA sehala untuk pengukuran berulang. Keputusan Mauchly’s Test of Sphericity menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min prestasi panjang rali yang signifikan antara keempat-empat situasi tinggi jaring [F(2.30, 52.88)=30.37, p<.05]. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penskalaan tinggi jaring mampu meningkatkan prestasi panjang rali dalam kalangan kanak-kanak berumur tujuh hingga sembilan tahun.