Peranan, Kandungan & Penyampaian Radio dalam Arus Pendigitalan di Malaysia

Peranan radio sebagai alat penyampaian maklumat, hiburan dan pendidikan tidak boleh dinafikan. Secara umumnya, sebelum kehadiran televisyen dan pendigitalan ke atas industri radio konvensional, setiap rumah di Malaysia pasti memiliki set radio kerana fungsi radio yang penting dalam kehidupan masyara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Intan Soliha Ibrahim, Juliana Abdul Wahab
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25952/1/Peranan%2C%20Kandungan%20%26%20Penyampaian%20Radio%20dalam%20Arus%20Pendigitalan%20di%20Malaysia%20.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25952/2/Peranan%2C%20Kandungan%20%26%20Penyampaian%20Radio%20dalam%20Arus%20Pendigitalan%20di%20Malaysia%201.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25952/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peranan radio sebagai alat penyampaian maklumat, hiburan dan pendidikan tidak boleh dinafikan. Secara umumnya, sebelum kehadiran televisyen dan pendigitalan ke atas industri radio konvensional, setiap rumah di Malaysia pasti memiliki set radio kerana fungsi radio yang penting dalam kehidupan masyarakat. Teknologi penyiaran digital telah diguna di Malaysia pada tahun 1996 apabila Astro secara rasmi beroperasi sebagai radio dan televisyen digital berbayar pertama negara. Sebelum Astro beroperasi, kerajaan telah membentuk National Telecommunication Policy (1994-2020) (NTP). NTP dibentuk untuk memastikan pertumbuhan perkhidmatan telekomunikasi dan penggunaannya menyokong pembangunan kebangsaan, sejajar dengan aspirasi negara. Radio yang merupakan salah satu alat komunikasi moden tertua di negara ini sudah semestinya mengalami banyak perubahan secara fizikalnya apabila teknologi penyiaran digital diperkenalkan di negara ini. Akses kepada radio tidak lagi terhad kepada penyiaran FM semata-mata, malah teknologi internet telah meledakkan pertumbuhan industri radio tempatan apabila lebih banyak stesen radio atas talian diperkenalkan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan radio samada sebagai sumber maklumat dan hiburan adalah bergantung kepada tujuan industri penyiaran sesebuah negara dibentuk yang dapat dibahagikan kepada dua peranan utama iaitu sebagai pemberi maklumat yang dapat dilihat sebagai agen pembangunan negara/nasional. Di Malaysia, pembangunan pesat dalam industri radio selepas era digital secara umumnya masih mengekalkan peranan radio sebagai agen penyampai maklumat, hiburan dan pendidikan kepada masyarakat. Selain itu radio juga boleh berperanan untuk memaksimakan keuntungan berdasarkan kepada kandungan hiburan semata-mata terutamanya apabila industri radio ditubuhkan berdasarkan kehendak pasaran. Malah peranan radio turut mengubah kandungan dan corak penyampaian radio.