Kepelbagaian fauna mamalia keciltidak-terbang di hutan simpan Padas Damit dan kawasan sekitarnya

Kajian mengenai mamalia kecil tidak-terbang ini telah dijalankan di tiga jenis hutan yang berbeza iaitu hutan tebing sungai, hutan perantaraan dan hutan paya bakau yang terletak di Semenanjung Klias. Kawasan kajian termasuk dalam kawasan Hutan Simpan Padas Damit (HSPD) dan kawasan sekitamya. Kajian...

詳細記述

保存先:
書誌詳細
第一著者: Goh Cherng Jen
フォーマット: Academic Exercise
言語:English
出版事項: 2009
主題:
オンライン・アクセス:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25779/1/Kepelbagaian%20fauna%20mamalia%20keciltidak-terbang%20di%20hutan%20simpan%20Padas%20Damit%20dan%20kawasan%20sekitarnya.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25779/
タグ: タグ追加
タグなし, このレコードへの初めてのタグを付けませんか!
その他の書誌記述
要約:Kajian mengenai mamalia kecil tidak-terbang ini telah dijalankan di tiga jenis hutan yang berbeza iaitu hutan tebing sungai, hutan perantaraan dan hutan paya bakau yang terletak di Semenanjung Klias. Kawasan kajian termasuk dalam kawasan Hutan Simpan Padas Damit (HSPD) dan kawasan sekitamya. Kajian ini dijalankan dari bulan Oktober 2008 hingga bulan Februari 2009. Tujuan kajian adalah untuk menambahkan maklumat dan pengetahuan untuk tujuan pengurusan pemuliharaan kepelbagaian biologi yang terdapat di HSPD khususnya merujuk kepada fauna mamalia kecil tak-terbang. Kajian ini telah memerihalkan penggunaan mikrohabitat di setiap jenis hutan yang mana sebanyak enam transek garis lurus yang setiap satunya sepanjang 1 00m telah dibina untuk menyampel organisma kajian. Kaedah penangkapan ialah dengan menggunakan perangkap sangkar dawai berumpan. Sebanyak 66 individu mamalia kecil yang mewakili empat spesies dan dua famili (Sciuridae dan Muridae) telah berjaya disampel dengan usaha penangkapan keseluruhan sebanyak 300 malam-perangkap. Peratus kejayaan penangkapan adalah 22%. Spesies yang paling kerap ditangkap ialah Cal/osciurus notatus dengan tangkapan sebanyak 38 individu, iaitu mewakili 57.58% daripada keseluruhan jumlah tangkapan. Spesies ini merupakan spesies yang didapati di kawasan terganggu dan berhampiran dengan habitat manusia. Analisis Pembezalayan Berkanun telah digunakan dalam kajian ini untuk mengkaji hubungan antara mamalia kecil dengan mikrohabitatnya. Dalam kajian ini, didapati litupan tanah, kawasan litupan air, sarap hutan dan liana amat mempengaruhi taburan Callosciurus notatus. Manakala taburan Rattus rattus dipengaruhi oleh litupan kanopi dan sarap hutan. Taburan Sundamys muelleri adalah dipengaruhi oleh litupan kanopi, sarap hutan dan pokok tumbang. Taburan Maxomys surifer pula dipengaruhi oleh sarap hutan.