Kesan penggunaan Paklobutrazol pada kadar kepekatan dan masa Pengapukasian yang berbeza terhadap pertumbuhan dan hasil halia (Zingiber Offidnale) Var. Tambunan

Halia, (Zingiber offinale Rose.) merupakan tanaman herba dan rempah ratus yang kebanyakannya tumbuh di kawasan tropika dan subtropika. Tumbuhan ini digunakan untuk tujuan perubatan, sebagai bahan perasa serta pewama makanan. Paldobutrazol merupakan sejenis racun kulat dan salah satu pengawal atur pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Christine Gustin
Format: Academic Exercise
Language:English
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24539/2/Kesan%20penggunaan%20Paklobutrazol%20pada%20kadar%20kepekatan%20dan%20masa%20Pengapukasian.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24539/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Halia, (Zingiber offinale Rose.) merupakan tanaman herba dan rempah ratus yang kebanyakannya tumbuh di kawasan tropika dan subtropika. Tumbuhan ini digunakan untuk tujuan perubatan, sebagai bahan perasa serta pewama makanan. Paldobutrazol merupakan sejenis racun kulat dan salah satu pengawal atur pertumbuhan tumbuhan daripada keluarga kompaun triazole yang mampu mengurangkan pertumbuhan vegetatif dan meningkatkan kadar nisbah akar kepada pucuk. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan kadar kepekatan dan masa pengaplikasian paklobutrazol yang berbeza terhadap pertumbuhan dan hasil halia var. Tambunan. Kajian ini telah dilaksanakan di rumah kalis serangga Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Sandakan bermula daripada Mac sehingga November 2017. Halia var. Tambunan yang telah digunakan dalam kajian ini telah dibeli daripada peniaga tempatan di pasar batu lapan Sandakan. Penanaman halia dalam kajian ini melibatkan penggunaan polibeg hitam dan tanah lapisan atas sebagai medium penanaman. Kajian ini merangkumi dua faktor iaitu kepekatan rawatan dan masa pengaplikasian yang berbeza. Kepekatan rawatan adalah pada kadar 0 ppm (terkawal), 20 ppm, 40 ppm, dan 60 ppm dimana setiap kepekatan telah diaplikasikan temadap pokok halia yang berbeza setelah mencapai usia dua, tiga, dan empat bulan proses selepas tanam. Setiap rawatan mempunyai empat replikasi dan disusun dengan menggunakan rekabentuk rawak lengkap (OID). Parameter bagi komponen pertumbuhan vegetatif seperti bilangan anak pokok telah direkod selama lima bulan tempoh penanaman. Parameter bagi komponen berat basah seperti jumlah berat basah (g/pokok), berat basah daun (g/pokok), batang (g/pokok), rizom (g/pokok), dan akar (g/pokok) diambil setelah dituai. Berat kering bagi setiap bahagian pokok (g/pokok) diambil setelah proses pengeringan. Selain itu, nisbah pembahagian berat kering, komponen hasil, nitrogen dan prolin juga telah dijalankan. Halia telah dituai pada 160 hari selepas tanam. Berdasarkan hasil kajian, penggunaan paldobutrazol pada kepekatan 40 ppm dan masa pengaplikasian empat bulan selepas tanam menghasilkan jumlah berat basah dan kering yang lebih tinggi berbanding kawalan. Paklobutrazol juga mampu meningkatkan bilangan anak pokok jika diaplikasi pada fasa perkembangan dan meningkatkan kandungan prolin pada kepekatan yang lebih tinggi. Dalam kajian ini, paldobutrazol tidak memberikan kesan terhadap peningkatan kandungan nitrogen pada tanah dan daun. Kepekatan paldobutrazol yang tinggi mampu meningkatkan kandungan prolin pada bahagian daun tetapi tidak terhadap bahagian rizom. Kesimpulannya, kajian ini mampu meningkatkan pertumbuhan dan hasil dengan meningkatkan bilangan anak pokok serta jumlah berat basah dan kering halia var. Tambunan.