Membaca Sumber Menulis Sejarah: Surat Zakaria Gunn Sebagai Bahan Penelitian Pergerakan Parti Kebangsaan Melayu di Sabah

Keinginan manusia untuk mengungkapkan kembali masa lalu dalam upaya memahami masa lalu tersebut bukanlah suatu perkara baru. Keadaan ini disebabkan, keberadaan masa lalu hanya dapat diungkapkan melalui pengumpulan sumber sejarah. Dalam hal ini, sumber memainkan peranan penting untuk menjelaskan berk...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
Main Authors: Eko Prayitno Joko, Zaini Othman, Saat Awang Damit, Ramli Dollah
格式: Article
语言:English
出版: 2018
主题:
在线阅读:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24099/1/MEMBACA%20SUMBER%20MENULIS%20SEJARAH%20%20SURAT%20ZAKARIA%20GUNN%20SEBAGAI%20BAHAN%20PENELITIAN%20PERGERAKAN%20PARTI%20KEBANGSAAN%20MELAYU%20DI%20SABAH.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24099/
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Keinginan manusia untuk mengungkapkan kembali masa lalu dalam upaya memahami masa lalu tersebut bukanlah suatu perkara baru. Keadaan ini disebabkan, keberadaan masa lalu hanya dapat diungkapkan melalui pengumpulan sumber sejarah. Dalam hal ini, sumber memainkan peranan penting untuk menjelaskan berkenaan sesuatu peristiwa berdasarkan penemuan daripada sumber sejarah. Keberadaan sumber sejarah akan memungkinkan sejarawan menghasilkan penulisan yang tepat dan lebih objektif sifatnya. Oleh sebab itu, sejarawan harus mencari, mengumpul dan memastikan sumbernya kerana dengan sumber sejarawan berharap dan dengan sumber juga sejarawan mendapatkan fakta untuk menghasilkan penulisannya. Kebergantungan sejarawan kepada sumber dalam menghasilkan penulisannya dapat diperhatikan apabila telusuran terhadap perkembangan politik awal Sabah selepas Perang Dunia Kedua diperhatikan keberadaannya. Ternyata, tempoh masa terbabit adalah kesenjangan nyata dalam memahami dan mengungkapkan kembali perkembangan politik awal di Sabah sehinggakan timbul kenyataan daripada sarjana Barat bahawa selepas Perang Dunia merupakan zaman ketandusan politik masyarakatnya. Walau bagaimanapun, tesis ini tampaknya dapat direkonstruksi semula bersandarkan kepada surat peribadi Zakaria Gunn yang membuktikan bahawa sudah terdapat penentangan secara berorganisasi dalam kalangan masyarakat Sabah yang terpengaruh dengan perkembangan politik di Tanah Melayu dan Brunei untuk memerdekakan negeri mereka daripada British. Justeru itu, artikel ini akan mengangkat kepentingan sumber dalam mengungkapkan masa lalu khususnya perkembangan politik awal Sabah selepas Perang Dunia Kedua.