Prestasi varieti terpilih tembikai di atas tanah siri Silabukan

Tembikai merupakan salah satu buah-buahan "yang menjadi pilihan di Malaysia. Namun, penanamannya di Malaysia masih kurang. Oleh itu, bagi menggalakkan lebih ramai menceburkan diri dalam penanaman tembikai di Sandakan khususnya, satu kajian telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari, Universi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Amanina Abd Rashid
Format: Academic Exercise
Language:English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24006/1/Prestasi%20varieti%20terpilih%20tembikai%20di%20atas%20tanah%20siri%20Silabukan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24006/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tembikai merupakan salah satu buah-buahan "yang menjadi pilihan di Malaysia. Namun, penanamannya di Malaysia masih kurang. Oleh itu, bagi menggalakkan lebih ramai menceburkan diri dalam penanaman tembikai di Sandakan khususnya, satu kajian telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan bagi mengkaji prestasi terpilih varieti yang paling sesuai di atas tanah siri Silabukan. Varieti tembikai telah dipilih dan ditanam dalam polibeg berukuran 16 sm X 16 sm. Reka bentuk eksperimen menggunakan Reka Bentuk Rawak (CRD) yang terdiri daripada 5 varieti dan 5 replikasi. Data yang direkod berdasarkan dua kategori parameter iaitu parameter tumbesaran dan parameter tanah. Parameter tumbesaran tembikai ialah panjang batang, bilangan daun, lilitan batang, bilangan bunga jantan dan bilangan bunga betina. Parameter tanah pula ialah bacaan CHN tanah. Hasil daripada kajian ini terdapat dua varieti tembikai yang paling sesuai ditanam di atas tanah siri Silabukan iaitu H520 dan H301. Kedua-dua varieti ini berjaya menunjukkan perbezaan bererti berbanding dengan varieti lain.